Indian Physic

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Indian Physic?

Indian physic adalah sejenis tumbuhan. Kulit batang dan akarnya yang dikeringkan digunakan untuk membuat ubat.

Berhati-hati untuk tidak terkeliru antara Indian Physic (Gillenia trifoliata) dengan Canadian Hemp (Apocynum cannabinum), kerana kedua-duanya dikenali sebagai indian physic. Juga berhati-hati untuk tidak terkeliru antara indian physic (Gillenia trifoliata) dengan black root (Leptandra virginica), kerana kedua-duanya turut dikenali sebagai bowman’s root.

Orang biasanya mengambil indian physic untuk merawat masalah pencernaan dan menyebabkan muntah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana indian physic ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Indian Physic?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok indian physic atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Indian Physic selamat digunakan?

Masih belum diketahui sama ada indian physic benar-benar selamat digunakan atau apakah kesan sampingan mungkin boleh timbul.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa indian physic adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Indian Physic?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Indian Physic?

Indian Physic mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Indian Physic yang biasa digunakan?

Dos untuk produk indian physic ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Indian Physic?

Produk indian physic ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair;
  • Serbuk;
  • Tinktur;

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut