Hesperidin

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Hesperidin ?

Hesperidin adalah tumbuhan bahan kimia yang dikategorikan sebagai “bioflavonoid.” Ia dijumpai secara primer dalam buah-buahan sitrus. Orang menggunakannya sebagai ubat.

Hesperidin sendiri, atau dikombinasi bersama bioflavonoid sitrus yang lain, sering digunakan bagi keadaan berkaitan salur darah seperti hemoroid, vena variks, dan aliran darah kurang baik (stasis vena). Ia juga  digunakan bagi merawat limfedema, iaitu keadaan yang melibatkan penahanan cecair yang boleh menjadi komplikasi pembedahan kanser payudara.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana hesperidin berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia diketahui boleh membantu saluran darah berfungsi dengan baik. Ia juga boleh mengurangkan keradangan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Hesperidin ?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam hesperidin atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Hesperidin selamat digunakan?

Hesperidin mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut selama tempoh enam (6) bulan. Keselamatan penggunaan herba ini untuk jangka masa yang lebih panjang masih tidak diketahui.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Hesperidin mungkin selamat digunakan bagi wanita hamil atau menyusu badan apabila mengambil melalui mulut dengan diosmin.

Gangguan pendarahan: Hesperidin mungkin memperlahankan pembekuan darah dan meningkatkan risiko pendarahan. Berdasarkan teori, hesperidin mungkin menyebabkan gangguan pendarahan bertambah teruk.

Tekanan darah rendah: Hesperidin mungkin menurunkan tekanan darah. Berdasarkan teori, pengambilan hesperidin mungkin menyebabkantekanan darah menjadi terlalu rendah bagi individu yang telah sedia mempunyai tekanan darah rendah.

Pembedahan: Hesperidin mungkin akan memanjangkan pendarahan. Terdapat kebimbangan yang hesperidin mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil hesperidin sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Hesperidin ?

Kesan-kesan sampingan termasuk sakit perut dan perut tidak selesa, dan sakit kepala.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Hesperidin ?

Hesperidin boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Hesperidin yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji melalui penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

Bagi rawatan hemoroid di dalam anus: 150 mg hesperidin bersama 1350 mg diosmin dua (2) kali sehari selama empat (4) hari, diikuti dengan 100 mg hesperidin bersama 900 mg diosmin dua (2) kali sehari selama tiga (3) hari.

Bagi menghalang hemoroid di dalam anus berulang: 50 mg hesperidin bersama 450 mg diosmin dua (2) kali sehari selama tiga (3) bulan.

Bagi rawatan ulser kaki disebabkan oleh aliran darah kurang baik (ulser stasis vena): kombinasi 100 mg hesperidin dan 900 mg diosmin setiap hari selama dua (2) bulan.

Dos bagi hesperidin berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Hesperidin ?

Hesperidin boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul Hesperidin
  • Serbuk Hesperidin

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.