Herb Robert

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Herb Robert?

Herb Robert biasanya digunakan untuk:

  • Merawat cirit-birit.
  • Meningkatkan fungsi hati dan pundi hempedu.
  • Mengurangkan bengkak pada buah pinggang, pundi kencing, dan pundi hempedu.
  • Menghalang pembentukan batu di dalam buah pinggang, pundi kencing, atau pundi hempedu.
  • Merawat sakit pada mulut dan kerongkong.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Herb Robert berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan ekstrak Herb Robert mungkin dapat memperlahankan pertumbuhan bakteria dan virus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Herb Robert?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Herb Robert atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi  pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Herb Robert selamat digunakan?

Tiada maklumat lengkap untuk mengetahui sama ada Herb Robert adalah selamat atau tidak.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan Herb Robert ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Herb Robert?

Tiada maklumat lengkap mengenai kesan sampingan penggunaan Herb Robert. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai kesan sampingan dalam penggunaannya, sila berjumpa ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Herb Robert?

Herb Robert mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Herb Robert yang biasa digunakan?

Dos bagi Herb Robert berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Herb Robert?

Herb Robert boleh didapati dalam bentuk dos berikut: Kapsul, bersama makanan tambahan yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018