Henbane

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Henbane?

Henbane adalah sejenis tumbuhan. Daunnya digunakan untuk membuat ubat. Henbane, kadang kala dipanggil “Fetid Nightshade” atau “Stinking Nightshade,” di mana ia berbeza daripada Bittersweet Nightshade (Solanum Dulcamara) atau tumbuhan maut Nightshade (Belladonna).

Henbane mempunyai kesan sedatif, analgesik dan antispasmodik. Ia digunakan untuk:

  • Mengurangkan sakit atau kejang pada saluran penghadaman.
  • Melegakan tremor dan kekakuan pada peringkat awal penyakit Parkinson.
  • Sakit gigi dan gangguan saraf seperti mania dan histeria.
  • Bronkitis kerana kesan penekan batuknya dan kebolehan untuk mengosongkan laluan pernafasan daripada rembesan.

Dalam perubatan moden, bahan hyocin digunakan untuk merawat mabuk laut dan ajen penenang bagi pesakit yang sedang bersedia untuk pembedahan.

Sesetengah orang menyapu minyak daun Henbane terus pada kulit bagi merawat tisu parut.

Minyak Henbane  juga digunakan bagi merawat sakit telinga dan melegakan kesakitan akibat neuralgia, skiatika, artritis dan keadaan reumatik.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Henbane berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, Henbane diketahui mengandungi bahan kimia, seperti hiosiamina dan skopolamina, yang mana boleh membuat dinding otot pada saluran penghadaman mengendur. Henbane juga boleh melegakan tremor otot dan mempunyai kesan penenang.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Henbane?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Henbane atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Henbane selamat digunakan?

Henbane mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut untuk jangka masa pendek dengan bantuan pengawasan dan penjagaan kesihatan profesional.

Henbane tidak selamat digunakan untuk ubat persendirian. Oleh sebab Henbane boleh menjadi sangat toksin, dosnya harus dipilih dengan berhati-hati dan kesan sampingannya diperiksa oleh penjagaan kesihatan profesional. Terlalu banyak penggunaan Henbane boleh menyebabkan keracunan dan kematian.

Tiada maklumat lengkap mengenai keselamatan meletakkan minyak Henbane pada kulit.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Jangan guna Henbane jika anda hamil atau menyusu badan. Henbane tidak selamat kerana  mempunyai risiko keracunan.

Keadaan jantung seperti kegagalan jantung atau degupan jantung tidak sekata: Jangan guna Henbane jika anda mengalami kegagalan jantung atau degupan jantung tidak sekata. Bahan kimia dalam Henbane boleh menyebabkan degupan jantung laju (takikardia) dan juga memburukkan lagi kegagalan jantung.

Sembelit: Jangan ambil Henbane jika anda sedang mengalami sembelit. Bahan kimia dalam Henbane boleh memburukkan lagi keadaan anda.

Sindrom Down: Jangan beri Henbane pada orang yang mempunyai sindrom Down. Mereka lebih cenderung terutamanya sensitif kepada kesan toksin Henbane.

Demam: Jangan guna Henbane jika anda demam. Bahan kimia dalan Henbane mungkin meningkatkan suhu badan anda malah akan lebih tinggi.

Glaukoma bersudut sempit: Jangan guna Henbane jika anda mengalami glaukoma bersudut sempit. Bahan kimia dalam Henbane boleh membuat keadaan anda bertambah buruk.

Masalah untuk kencing (penahanan urinari): Jangan guna Henbane jika anda mempunyai masalah untuk kencing. Bahan kimia dalam Henbane boleh membuat keadaan anda bertambah buruk.

Keadaan saluran penghadaman seperti pedih hulu hati atau “penyakit refluks gastroesofageal” (GERD), hernia hiatal, jangkitan, ulser perut, sembelit, tersumbat, kolitis ulseratif, keadaan serius dipanggil megakolon toksik, atau gangguan penghadaman yang lain: Jangan guna Henbane jika anda mengalami mana-mana keadaan ini. Bahan kimia dalam Henbane boleh membuat keadaan anda bertambah buruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Henbane?

Henbane menyebabkan kesan-kesan sampingan termasuk mulut kering, kulit merah, sembelit, terlebih panas, peluh berkurang, penglihatan terganggu, kadar degupan jantung meningkat, masalah kencing, mengantuk, gelisah, halusinasi, episod maniak, dan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Henbane?

Henbane boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang mungkin bertindakbalas dengan Henbane termasuk:

  • Ubat pengering (ubat antikolinergik).

Henbane mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kesan kering. Ia juga memberi kesan kepada otak dan jantung. Ubat pengering dipanggil ubat antikolinergik juga boleh menyebabkan kesan ini. Pengambilan Henbane dan ubat kering pada masa yang sama mungkin menyebabkan kesan sampingan termasuk kulit kering, pening, tekanan darah rendah, degupan jantung laju, dan kesan sampingan serius yang lain.

Ubat pengering termasuk atropine, skopolamina, and beberapa ubat yang digunakan untuk alahan (antihistamin),dan untuk depresi (antidepresan).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Henbane yang biasa digunakan?

Dos bagi Henbane berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Henbane?

Henbane boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Makanan tambahan sokongan Henbane tiroid berk.
  • Butir kecil hiosiamus nigerhomeopatik.
  • Larutan Hiosiamus nigerliquid.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018