Hemp Agrimony

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Hemp Agrimony?

Hemp Agrimony adalah sejenis herba. Hemp Agrimony digunakan untuk merawat gangguan hati dan pundi hempedu, selsema, dan demam.

Sesetengah orang menyapu Hemp Agrimony terus ke kulit bagi luka atau jangkitan kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Hemp Agrimony berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Hemp Agrimony?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Hemp Agrimony atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Hemp Agrimony selamat digunakan?

Hemp Agrimony mengandungi bahan kimia dipanggil hepatotoxic pyrrolizidine alkaloids (PAs), yang mana boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan manusia. Penyediaan Hemp Agrimony yang tidak disijilkan atau dilabelkan sebagai “bebas hepatotoxic PA” dikira tidak selamat.

Hemp Agrimony juga tidak selamat untuk digunakan pada kulit yang rosak. Tiada maklumat lengkap bagi mengetahui sama ada Hemp Agrimony boleh digunakan pada kulit biasa atau tidak.  Adalah lebih baik dielakkan penggunaannya.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas

Kehamilan dan menyusu badan: Penyediaan Hemp Agrimony yang mungkin mengandungi hepatotoxic PAs tidak selamat digunakan ketika hamil. Penyediaan Hemp Agrimony yang mungkin mengandungi hepatotoxic PAs juga tidak selamat digunakan jika anda sedang menyusu badan. Produk yang disijilkan sebagai bebas hepatotoxic PA tidak diketahui sama ada selamat digunakan ketika hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan menggunakan mana-mana penyediaan Hemp Agrimony jika anda hamil atau sedang menyusu badan.

Alahan pada ragweed dan tumbuhan yang berkaitan: Hemp Agrimony mungkin menyebabkan reaksi alahan kepada individu yang alahan dengan tumbuhan daripada keluarga Asteraceae /  Compositae. Tumbuhan daripada keluarga ini termasuk ragweed, bunga kekwa, marigol, daisi, dan banyak lagi. Sekiranya anda mempunyai alahan, pastikan anda berjumpa pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil Hemp Agrimony.

Penyakit hati: Terdapat kebimbangan yang mana hepatotoxic PAs di dalam Hemp Agrimony mungkin boleh menjadikan penyakit hati bertambah teruk.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Hemp Agrimony?

Hepatotoxic PAs yang dijumpai di dalam Hemp Agrimony boleh:

  • Menyekat aliran darah di dalam vena dan menyebabkan hati rosak.
  • Menyebabkan kanser.
  • Mengakibatkan kecacatan sejak lahir.
  • Masuk ke dalam susu badan dan mungkin berbahaya kepada bayi yang disusukan.
  • Mengakibatkan keracunan yang berbahaya pada keseluruhan badan apabila ia diserap melalui kulit yang luka.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Hemp Agrimony?

Hemp Agrimony boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Hemp Agrimony dipecahkan oleh hati. Beberapa bahan kimia yang terbentuk apabila hati telah memecahkan Hemp Agrimony boleh menjadi berbahaya. Ubat-ubatan yang menyebabkan hati memecahkan Hemp Agrimony mungkin meningkatkan kesan toksik yang terkandung di dalam Hemp Agrimony.

Produk-produk yang mungkin bertindakbalas dengan herba ini termasuk carbamazepine (Tegretol), phenobarbital, phenytoin (Dilantin), rifampin, rifabutin (Mycobutin), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Hemp Agrimony yang biasa digunakan?

Dos bagi Hemp Agrimony berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Hemp Agrimony?

Hemp Agrimony boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul bersama makanan tambahan yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.