Hemlock Spruce

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Hemlock Spruce?

Hemlock Spruce digunakan untuk merawat batuk, demam selsema, bronkitis, tuberkulosis, demam, sakit dan bengkak (inflamasi) mulut dan kerongkong, sakit otot dan saraf. Herba ini juga digunakan untuk melawan jangkitan bakteria.

Sesetengah orang menggunakan Hemlock Spruce terus ke kawasan yang terlibat seperti radang saluran pernafasan, sakit artritis, sakit saraf, dan tekanan perasaan . Herba ini juga digunakan secara topikal bagi meningkatkan aliran darah dan sebagai mandian tambahan bagi orang yang mempunyai penyakit mental.

Nama Hemlock Spruce sangat serupa dengan nama Water Hemlock and European Water Hemlock, yang mana kesemua tumbuhan ini adalah berbeza sama sekali. Berhati-hati supaya tidak tertukar Hemlock Spruce dengan jenis Water Hemlock yang lain kerana Water Hemlock sangat toksik.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Hemlock Spruce berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Hemlock Spruce?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Hemlock Spruce atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Hemlock Spruce selamat digunakan?

Masih menjadi tanda tanya sama ada Hemlock Spruce selamat atau apa kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh Hemlock Spruce.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan Hemlock Spruce ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Asma: Terdapat kebimbangan yang mana Hemlock Spruce mungkin menyebabkan asma bertambah teruk. Jangan menggunakannya.

Batuk kohol: Terdapat kebimbangan yang mana Hemlock Spruce mungkin menyebabkan batuk kohol bertambah teruk. Jangan menggunakannya.

Kulit luka: Hemlock Spruce tidak boleh disapu pada kulit yang luka.

Masalah jantung: Hemlock Spruce  mungkin menyebabkan masalah jantung bertambah teruk. Jangan menggunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Hemlock Spruce?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Hemlock Spruce?

Hemlock Spruce mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Hemlock Spruce yang biasa digunakan?

Dos bagi Hemlock Spruce berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Hemlock Spruce?

Hemlock Spruce boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Minyak asli utama

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.