Hawaiian Baby Woodrose

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Hawaiian Baby Woodrose?

Hawaiian Baby Woodrose adalah sejenis tumbuhan hiasan yang mempunyai kaitan dengan pokok bunga kembang pagi. Tumbuhan ini tumbuh di Florida, California, dan Hawaii.

Walaupun terdapat kebimbangan serius mengenai keselamatannya, Hawaiian Baby Woodrose digunakan bagi melegakan kesakitan dan menyebabkan berpeluh.

Namun tumbuhan ini lebih terkenal untuk digunakan sebagai halusinogen.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Hawaiian Baby Woodrose berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, herba ini diketahui mempunyai kesan halusinasi yang sama seperti kemabukan alkohol dengan kesan visual psikedelik seperti warna tertonjol. Kesan ini berakhir dalam jangka masa 6-8 jam.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Hawaiian Baby Woodrose?

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Hawaiian Baby Woodrose atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Hawaiian Baby Woodrose selamat digunakan?

Hawaiian Baby Woodrose tidak selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khas

Hawaiian Baby Woodrose tidak selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, terutamanya individu berikut kerana mereka lebih cenderung untuk merasai kesan sampingan yang tidak diingini.

Kehamilan dan menyusu badan: Penggunaan Hawaiian Baby Woodrose tidak selamat jika anda hamil atau menyusu badan. Jangan guna herba ini.

Penyakit Mental: Hawaiian Baby Woodrose mempunyai kesan yang sama seperti LSD halusinogen. Terdapat kebimbangan di mana individu yang mempunyai kecenderungan psikotik  mungkin akan mengalami reaksi yang lebih teruk apabila menggunakannya.

Pembedahan: Hawaiian Baby Woodrose mungkin akan mengganggu paras bahan kimia otak yang dipanggil serotonin. Oleh sebab serotonin mempunyai kesan yang kuat terhadap sistem saraf tunjang  dan saluran darah, terdapat kebimbangan di mana Hawaiian Baby Woodrose mungkin boleh mengganggu pembedahan. Berhenti menggunakan Hawaiian Baby Woodrose sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Hawaiian Baby Woodrose?

Hawaiian Baby Woodrose boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti mual, muntah, pening, halusinasi, kabur pandangan, pupil kembang, pergerakan bola mata pantas, berpeluh, degupan jantung laju dan tekanan darah tinggi.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Hawaiian Baby Woodrose?

Hawaiian Baby Woodrose boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindakbalas dengan Hawaiian Baby Woodrose termasuk:

  • Ubat antidepresan.

Hawaiian Baby Woodrose meningkatkan bahan kimia otak dipanggil serotonin. Sesetengah ubat untuk depresi juga boleh meningkatkan bahan kimia otak serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama ubat-ubat ini untuk merawat depresi mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin dan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti masalah jantung, menggeletar, dan kerisauan. Jangan ambil Hawaiian Baby Woodrose jika anda sedang mengambil ubat untuk depresi.

Ubat-ubat ini digunakan untuk merawat depresi termasuk fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), amitriptyline (Elavil), clomipramine (Anafranil), imipramine (Tofranil), dan lain-lain.

  • Ubat-ubat untuk depresi

Hawaiian Baby Woodrose meningkatkan bahan kimia di dalam otak. Bahan kimia ini dipanggil serotonin. Sesetengah ubat yang digunakan untuk depresi juga boleh meningkatkan serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama ubat-ubat ini bagi merawat depresi mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin dan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti masalah jantung, menggeletar, dan kerisauan.

Ubat-ubat ini digunakan untuk merawat depresi termasuk phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate),dan lain-lain.

  • Clozapine (Clozaril)

Clozapine (Clozaril) memberi kesan terhadap otak. Hawaiian baby woodrose juga turut memberi kesan terhadap otak. Pengambilan clozapine (Clozaril) bersama Hawaiian Baby Woodrose mungkin akan mengurangkan kesan Hawaiian baby woodrose.

  • Cyproheptadine

Cyproheptadine memberi kesan terhadap otak. Hawaiian Baby Woodrose juga turut memberi kesan terhadap otak. Tetapi Cyproheptadine memberi kesan yang berbeza daripada Hawaiian Baby Woodrose. Pengambilan Cyproheptadine bersama Hawaiian baby woodrose mungkin akan mengurangkan kesan Hawaiian Baby Woodrose.

  • Dextromethorphan

Hawaiian Baby Woodrose boleh memberi kesan kepada bahan kimia otak dipanggil serotonin. Dextromethorphan (Robitussin DM, lain-lain) juga boleh memberi kesan terhadap serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama Dextromethorphan (Robitussin DM, lain-lain) mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin di dalam otak dan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti masalah jantung, menggeletar, dan kerisauan. Jangan ambil Hawaiian Baby Woodrose jika anda sedang mengambil Dextromethorphan (Robitussin DM, lain-lain).

  • Meperidine

Hawaiian BabyWwoodrose boleh memberi kesan kepada bahan kimia otak dipanggil serotonin. Meperidine (Demerol) juga boleh memberi kesan terhadap serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama meperidine (Demerol) mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin di dalam otak dan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti masalah jantung, menggeletar, dan kerisauan.

  • Pentazocine

Hawaiian Baby Woodrose boleh memberi kesan kepada bahan kimia otak dipanggil serotonin. Pentazocine (Talwin) juga boleh memberi kesan terhadap serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama pentazocine (Talwin) mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin. Hal ini akan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti masalah jantung, menggeletar, dan kerisauan. Jangan ambil Hawaiian Baby Woodrose jika anda sedang mengambil pentazocine (Talwin).

  • Risperidone

Pengambilan risperidone (Risperdal) bersama Hawaiian Baby Woodrose mungkin akan mengurangkan kesan Hawaiian Baby Woodrose.

  • Tramadol

Tramadol (Ultram) boleh memberi kesan kepada bahan kimia otak dipanggil serotonin. Hawaiian Baby Woodrose juga boleh memberi kesan terhadap serotonin. Pengambilan Hawaiian Baby Woodrose bersama tramadol (Ultram) mungkin akan menambah terlalu banyak serotonin di dalam otak dan mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kebinggungan, menggeletar, otot menjadi kaku, dan kesan sampingan yang lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Hawaiian Baby Woodrose yang biasa digunakan?

Dos bagi Hawaiian Baby Woodrose berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Hawaiian Baby Woodrose?

Hawaiian Baby Woodrose boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Bijian Hawaiian Baby Woodrose
  • Gel lembut Hawaiian  Baby Woodrose

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019