Gumweed

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Gumweed?

Gumweed adalah herba. Daunnya dikeringkan dan bahagian atas tumbuhan digunakan untuk membuat ubatan.

Gumweed digunakan untuk:

  • Batuk.
  • Bronkitis.
  • Keradangan hidung, sinus, dan tekak.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Gumweed mungkin membantu mencegah pertumbuhan bakteria.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Gumweed?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Gumweed atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Gumweed selamat digunakan?

Gumweed adalah selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan anak: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil Gumweed jika mengandung atau menyusui bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Alergi terhadap Ragweed, Daisies, dan tumbuhan yang berkaitan: Gumweed boleh menyebabkan tindak balas alergi pada orang yang sensitif terhadap keluarga tumbuhan Asteraceae / Compositae. Ahli keluarga ini termasuk Ragweed, Chrysanthemums, Marigolds, Daisies, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alergi, pastikan anda semak dengan penyedia penyedia kesihatan anda sebelum mengambil Gumweed.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gumweed?

Gumweed boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit perut dan cirit-birit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gumweed?

Gumweed mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Gumweed yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Gumweed?

Gumweed boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak Gumweed yang dikapsulkan.
  • Ekstrak cecair Gumweed.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut