Goldthread

Oleh

Nama AM: Goldthread

Kegunaan

Apakah kegunaan Goldthread?

Goldthread biasanya digunakan untuk: gangguan pencernaan, jangkitan parasit termasuk Leishmaniasis, dan Trichomoniasis, dan keadaan kulit yang dipanggil Psoriasis.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Goldthread boleh mengurangkan asid di dalam perut. Ia juga mempunyai kesan antibakteria.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Goldthread?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap goldthread atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Goldthread selamat digunakan?

Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika goldthread selamat dalam jumlah ubatan. Goldthread tidak selamat bagi bayi baru lahir.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kanak-kanak: Goldthread tidak selamat pada kanak-kanak. Ia mengandungi bahan kimia berberine yang dapat meningkatkan jumlah bilirubin pada bayi baru lahir. Bilirubin adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh hati. Jika bilirubin terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan kerosakan otak kekal pada bayi baru lahir, terutamanya pada bayi yang baru dilahirkan terlalu awal.

Kehamilan dan penyusuan anak: Goldthread tidak selamat semasa kehamilan. Ia mengandungi bahan kimia berberine yang diketahui boleh menyeberang plasenta dan boleh menyebabkan kemudaratan kepada anak yang sedang membesar. Kerosakan otak akibat terlalu banyak bilirubin telah dijumpai pada bayi baru lahir yang terdedah kepada berberine. Kajian awal mencadangkan wanita hamil yang mengambil Goldthread semasa tiga bulan pertama kehamilan meningkatkan risiko bahawa bayi baru lahir mereka akan mengalami kecacatan kelahiran yang mempengaruhi sistem saraf pusat.

Ia juga tidak selamat untuk ibu menyusu untuk mengambil Goldthread. Berberine dan bahan kimia berbahaya lain dalam Goldthread boleh dipindahkan ke bayi melalui susu ibu.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Goldthread?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Goldthread?

Goldthread mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan herba ini termasuk:

  • Cyclosporine (Neoral, Sandimune)

Tubuh memecah Cyclosporine (Neoral, Sandimune) untuk menghilangkannya. Goldthread mungkin menurunkan kadar seberapa cepat badan memecah Cyclosporine (Neoral, Sandimune). Ini mungkin menyebabkan terlalu banyak Cyclosporine (Neoral, Sandimune) di dalam badan dan berpotensi menyebabkan kesan sampingan.

  • Ubat-ubatan yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)

Sesetengah ubat berubah dan dipecahkan oleh hati. Goldthread mungkin mengurangkan seberapa cepat hati memecah beberapa ubat. Mengambil goldthread bersama-sama dengan beberapa ubat yang dipecahkan oleh hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan beberapa ubat. Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuklah cyclosporine (Neoral, Sandimmune), lovastatin (Mevacor), clarithromycin (Biaxin), indinavir (Crixivan), sildenafil (Viagra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Goldthread yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Goldthread?

Goldthread boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet, 500 mg.
  • Kapsul, digabungkan dengan supplemen lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.