German Ipecac

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan German Ipecac?

German Ipecac adalah sejenis tumbuhan. Daun, akar, dan batangnya dari bawah tanah (rizom) digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan dalam penggunaannya, German Ipecac digunakan untuk:

  • Masalah penghadaman.
  • Masalah buah pinggang.
  • Haid yang menyakitkan.
  • Patukan ular.
  • Penahanan cecair.
  • Bengkak dan lebam, apabila digunakan pada kulit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana German Ipecac berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil German Ipecac?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam German Ipecac atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah German Ipecac selamat digunakan?

Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada German Ipecac selamat untuk disapu terus ke kulit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: German Ipecac mungkin tidak selamat bagi sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Sekiranya anda hamil atau menyusu, kebimbangan untuk kesihatan bayi anda memberi anda alasan yang lebih kukuh untuk tidak menggunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan German Ipecac?

German Ipecac boleh menyebabkan muntah, masalah pernafasan, lumpuh, penghentian jantung, dan masalah lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan German Ipecac?

German Ipecac mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos German Ipecac yang biasa digunakan?

Dos untuk German Ipecac mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan German Ipecac?

German Ipecac boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Sirap pencetus muntah Ipecac.
  • Sirap batuk Ipecac.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018