Gelatin

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Gelatin?

Gelatin adalah protein yang diperbuat daripada produk haiwan.

Gelatin digunakan untuk:

  • Mengurangkan berat.
  • Merawat osteoartritis, artritis reumatoid, dan tulang rapuh (osteoporosis).
  • Menguatkan tulang, sendi, dan kuku.
  • Meningkatkan kualiti rambut.
  • Memendekkan tempoh pemulihan selepas senaman dan kecederaan berkaitan dengan sukan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Gelatin berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Gelatin mengandungi kolagen, yang merupakan salah satu bahan yang membentuk tulang rawan dan tulang. Inilah sebabnya sesetengah orang berpandangan bahawa Gelatin boleh membantu artritis dan masalah lain yang berkaitan dengan  sendi.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Gelatin?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Gelatin atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Gelatin selamat digunakan?

Gelatin mungkin selamat untuk kebanyakan orang dalam jumlah makanan dan mungkin selamat dalam jumlah besar yang digunakan sebagai ubat. Terdapat beberapa bukti bahawa Gelatin dalam dos sehingga 10 gram setiap hari boleh digunakan dengan selamat sehingga enam  (6) bulan.

Terdapat beberapa kebimbangan mengenai keselamatan Gelatin kerana ia berasal dari sumber haiwan. Sesetengah orang bimbang akan amalan perkilangan yang tidak selamat mungkin menyebabkan pencemaran pada produk Gelatin.  Contohnya seperti tisu haiwan berpenyakit termasuk yang boleh menyebarkan penyakit lembu gila (ensefalopati spongiform bovin). Walaupun risiko ini kelihatan rendah, banyak pakar menasihatkan penggunaan suplemen yang berasal dari haiwan seperti Gelatin.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan Gelatin dalam jumlah ubat semasa mengandung dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gelatin?

Gelatin boleh menyebabkan:

  • Rasa yang tidak menyenangkan.
  • Rasa berat di perut, kembung, pedih ulu hati, dan sendawa.
  • Reaksi alahan bagi sesetengah orang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Gelatin?

Gelatin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Gelatin yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Gelatin?

Gelatin boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Serbuk protein
  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.