backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gamboge

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Gamboge?

Gamboge ialah bahan seperti getah (damar) daripada batang pokok hanburyi Garcinia.

Meskipun terdapat kebimbangan terhadap keselamatannya, orang ramai mengambil gamboge untuk:

  • Sembelit
  • Cacing usus

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia dikenali dengan kegunaannya sebagai pelawas.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Gamboge?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Gamboge kelihatannya tidak selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Gamboge mungkin tidak selamat kepada semua orang untuk menggunakannya, sesetengah orang adalah sensitif kepada kesan toksiknya. Sila ambil perhatian yang lebih untuk tidak menggunakannya jika anda mempunyai keadaan berikut:

Kehamilan dan menyusukan anak: Ia adalah tidak selamat untuk menggunakannya jika anda sedang hamil atau menyusu. Ia mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya atau menyebabkan kematian.

Penyakit jantung: Memandangkan ia merupakan stimulan pelawas, ia mungkin menyebabkan badan kehilangan potassium yang banyak. Ini boleh mengakibatkan kerosakan jantung atau menjadikan penyakit jantung sedia ada bertambah teruk.

Penyakit sistem percenaan termasuklah penyakit Crohn, ulverative colitis, appendicitis, sakit peru, ulser, tersumbat, loya, atau muntah: Gamboge ia stimulan pelawas. Ia mungkin menjadikan penyakit ini bertambah teruk.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Gamboge?

Gamboge boleh menyebabkan sakit perut dan muntah. Kuantiti yang banyak adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan gamboge?

Gamboge mungkin bertindak balas dengan ubat yang anda sedang guna atau penyakit yang sedia ada. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor sebelum menggunakannya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Digoxin
  • Gamboge ialah sejenis pelawas yang dikenali sebagai stimulan pelawas. Stimulan pelawas boleh mengurangkan paras potassium di dalam badan. Paras potassium yang rendah boleh meningkatkan risiko kepada kesan sampingan digoxin (lanoxin)

    • Ubat bagi keradangan (corticosteroid)

    Sesetengah ubat bagi keradangan boleh mengurangkan potassium di dalam badan. Gamboge ialah sejenis pelawas yang juga boleh mengurangkan potassium di dalam badan. Mengambil gamboge bersama ubat merawat keradangan yang lain mungkin mengurangkan potassium di dalam badan terlalu banyak.

    Sesetengah ubat untuk keradangan termasuklah dexamethasone (Decadron), hydrocortisone (Cortef), methylprednisolone (medrol), prednisone (Deltasone) dan lain-lain.

    • Stimulan pelawas

    Gamboge ialah sejenis pelawas yang dikenali sebagai stimulan pelawas. Stimulan pelawas mempercepatkan pergerakan usus besar. Mengambil gamboge bersama-sama stimulan pelawas yang lain boleh merpercepatkan pergerakan usus besar terlalu cepat dan mengakibatkan dehidrasi dan mineral berkurangan di dalam badan.

    Sesetengan stimulan pelawas termasuklah biscodyl (Correctol, Dulcolax), cascara, castor oil (Purge), senna (Senokot) dan lain-lain.

    • Warfarin (coumadin)

    Gamboge boleh berfungsi sebagai pelawas. Gamboge boleh menyebabkan cirit-birit kepada sesetengah individu. Cirit-birit meningkatkan kesan warfarin dan meningkatkan risiko kepada pendarahan. Jika anda mengambil warfarin, jangan ambil gamboge dengan jumlah yang banyak.

    • Pil air (ubat diuretik)

    Gamboge ialah pelawas. Sesetengah pelawas mengurangkan potassium di dalam badan. “Pil air” juga boleh mengurangkan potassium di dalam badan. Mengambil gamboge bersama-sama “pil air” mungkin mengurangkan potassium dalam badan terlalu banyak.

    “Pil air” yang boleh mengurangkan potassium termasuklah chlorothiazie (Diuril), chlorothalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide) dan lain-lain.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos  yang biasa?

    Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

    Apakah bentuk ketersediaan gamboge?

    Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    • Gamboge mentah

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan