backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

GABA (Asid Gama-Aminobutirik)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan GABA (Asid Gama-Aminobutirik)?

GABA adalah bahan kimia yang dihasilkan di dalam otak.

GABA diambil melalui mulut untuk:

  • Melegakan kebimbangan.
  • Meningkatkan suasana hati (mood).
  • Mengurangkan gejala sindrom pramenstruasi (PMS).
  • Merawat gangguan defisit-hiperaktif (ADHD).
  • Menggalakkan pertumbuhan otot tanpa lemak.
  • Membakar lemak.
  • Menstabilkan tekanan darah.
  • Mengurangkan kesakitan.

GABA digunakan di bawah lidah untuk meningkatkan rasa keselesaan, melegakan kecederaan, meningkatkan tolerans senaman, menurunkan lemak badan, dan meningkatkan berat badan tanpa lemak

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian yang dilakukan tentang bagaimana GABA berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa GABA berfungsi dengan menghalang isyarat otak (neurotransmisi).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil GABA (Asid Gama-Aminobutirik)?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam GABA atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah GABA (Asid Gama-Aminobutirik) selamat digunakan?

GABA mungkin selamat apabila diambil melalui mulut untuk jangka masa yang singkat, sehingga 12 minggu.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus:

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat mencukupi yang diketahui tentang penggunaan GABA semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan GABA (Asid Gama-Aminobutirik)?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan GABA (Asid Gama-Aminobutirik)?

GABA (Asid Gama-Aminobutirik) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos GABA (Asid Gama-Aminobutirik) yang biasa digunakan?

Dos untuk GABA mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan GABA (Asid Gama-Aminobutirik)?

GABA boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Kapsul GABA 500mg

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan