Ekstrak Rosemary

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Ekstrak Rosemary?

Rosemary adalah sejenis herba. Minyak Rosemary diekstrak daripada daun dan digunakan untuk membuat ubat.

Rosemary digunakan untuk:

  • Masalah ketidakhadaman, termasuk pedih ulu hati, angin usus (flatulens), masalah hati dan pundi hempedu, dan hilang selera makan.
  • Gout.
  • Batuk
  • Sakit kepala.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Hilang ingatan akibat faktor usia.

Sesetengah wanita menggunakan Rosemary untuk meningkatkan aliran haid dan boleh menyebabkan keguguran.

Rosemary digunakan secara topikal (disapu pada kulit) untuk:

  • Mencegah dan merawat botak.
  • Merawat masalah peredaran darah, sakit gigi, keadaan kulit dipanggil ekzema, dan sakit pada sendi atau otot seperti mialgia, siatika, dan neuralgia interkostal.
  • Menyembuhkan luka.
  • Terapi mandian (balneoterapi).
  • Sebagai penghalau serangga.

Dalam makanan, Rosemary digunakan sebagai rempah. Daun dan minyak Rosemary digunakan dalam makanan, dan minyaknya digunakan dalam minuman.

Dalam pembuatan, minyak Rosemary digunakan sebagai komponen wangian dalam sabun dan pewangi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Rosemary ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa menyapu Rosemary pada kulit kepala akan merengsa kulit dan meningkatkan peredaran darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ekstrak Rosemary?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Rosemary atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi pengambilan herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Ekstrak Rosemary selamat digunakan?

Rosemary dilihat selamat apabila diambil dalam jumlah yang dijumpai dalam makanan. Rosemary mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila menggunakan ia sebagai ubat apabila diambil melalui mulut, disapu pada kulit, atau dihidu sebagai aromaterapi.

Walau bagaimanapun, minyak yang tidak dicairkan dilihat tidak selamat diambil melalui mulut.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Rosemary mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam kuantiti ubat. Rosemary mungkin boleh merangsang haid atau mengganggu uterus, mengakibatkan keguguran. Tiada kajian lengkap mengenai keselamatan menyapu Rosemary pada kulit semasa hamil. Jika anda sedang hamil, lebih baik elak daripada mengambil Rosemary dalam kuantiti yang lebih banyak daripada kuantiti dalam makanan.

Jika anda sedang menyusu badan, jauhi Rosemary dalam kuantiti ubat. Tiada maklumat lengkap mengenai kesan Rosemary yang mungkin ada terhadap bayi yang disusukan.

Alahan aspirin: Rosemary mengandungi bahan kimia yang sangat serupa seperti aspirin. Bahan kimia ini, dikenali sebagai salisilat, boleh menyebabkan reaksi pada individu yang alah kepada aspirin.

Gangguan pendarahan: Rosemary mungkin meningkatkan risiko pendarahan dan lebam bagi individu yang mempunyai gangguan pendarahan. Guna dengan berhati-hati.

Gangguan sawan: Rosemary mungkin boleh menjadikan gangguan sawan bertambah buruk. Jangan guna herba ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ekstrak Rosemary?

Pengambilan Rosemary dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan muntah, pendarahan uterus, iritasi buah pinggang, sensitiviti terhadap matahari meningkat, kulit kemerahan, dan reaksi alahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ekstrak Rosemary?

Ekstrak Rosemary mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ekstrak Rosemary yang biasa digunakan?

Dos berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Sapu kepada kulit:

Bagi rawatan tompokan botak (Alopesia Arests): Kombinasi minyak Essenssial termasuk 3 titik atau 114 mg Rosemary, 2 titik atau 88 mg Thyme, 3 titik atau 108 mg Lavender, dan 2 titik atau 94 mg Cedarwood semua dicampurkan dengan 3 mL minyak Jojoba dan 2 mL minyak biji anggur telah digunakan. Setiap malam, campuran ini akan diurut pada kulit kepala selama 2 minit dengan tuala suam yang diletakkan di sekeliling kepala bagi meningkatkan penyerapan.

Dos bagi Rosemary ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Ekstrak Rosemary?

Rosemary ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak Rosemary berkapsul.
  • Ekstrak cecair Rosemary.
  • Teh Rosemary.
  • Minyak esensial Rosemary.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut