Cohosh Biru / Blue Cohosh

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Blue Cohosh?

Blue Cohosh adalah sejenis tumbuhan. Ia biasanya digunakan untuk:

  • Mencetuskan kelahiran dan haid.
  • Merangsang rahim.
  • Menghentikan kekejangan otot.
  • Sebagai julap.
  • Merawat perut kembung, sakit tekak, kekejangan, sedu-sedan, epilepsi, histeria, keradangan rahim dan masalah sendi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Blue Cohosh mempunyai kesan yang sama dengan hormon estrogen. Ia berpotensi digunakan untuk menyempitkan saluran darah, yang membawa darah ke jantung seterusnya dapat mengurangkan oksigen di dalam jantung.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Blue Cohosh?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Blue Cohosh atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Blue Cohosh selamat digunakan?

Blue Cohosh mungkin tidak selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu apabila diambil melalui mulut. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaan tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Blue Cohosh?

Mengambil bahan Blue Cohosh  boleh menyebabkan:

  • Cirit-birit.
  • Kejang perut.
  • Sakit dada.
  • Meningkatkan tekanan darah.
  • Peningkatan kadar gula dalam darah.
  • Kesan sampingan lain yang teruk.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Blue Cohosh?

Suplemen herba ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Masalah / keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan herba ini, termasuklah:

  • Masalah jantung.
  • Diabetes.
  • Cirit-birit.
  • Keadaan sensitif hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim.

Ubat-ubatan yang boleh berinteraksi dengan herba ini, termasuk:

  • Ubat untuk diabetes (ubat anti-diabetes termasuk glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase) dan lain-lain.
  • Ubat untuk tekanan darah tinggi (ubat antihipertensi) termasuk captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDiuril), furosemide (Lasix) , dan banyak lagi.
  • Nikotin.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Blue Cohosh yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Blue Cohosh ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Bue Cohosh?

Produk Blue Cohosh ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul, 500 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018