Cissus Quadrangularis

Oleh

Nama AM: Cissus Quadrangularis

Kegunaan

Apakah kegunaan Cissus Quadrangularis?

Cissus Quadrangularis merupakan pokok anggur yang banyak airnya daripada Afrika dan Asia. Kesemua bahagian pada tumbuhan ini digunakan untuk perubatan.

Cissus Quadrangularis digunakan untuk:

  • Obesiti.
  • Diabetes.
  • Sindrom metabolik.
  • Kolesterol tinggi.

Ia juga digunakan untuk merawat kepatahan tulang, tulang lemah (osteoporosis), skurvi, kanser, sakit perut, buasir, penyakit ulser peptik (PUD), tempod haid yang menyakitkan, asma, malaria dan sakit.

Cissus Quadrangularis turut digunakan dalam makanan tambahan bina badan sebagai alternatif bagi steroid anabolik.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Cissus Quadrangularis berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Cissus Quadrangularis?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Cissus Quadrangularis atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi pengambilan sesuatu herba kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Cissus Quadrangularis selamat digunakan?

Beberapa produk komersial yang spesifik mengandungi Cissus Quadrangularis berkemungkinan selamat apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya dalam tempoh yang singkat (untuk sehingga 6-8 minggu)

Memandangkan tiada maklumat yang mencukupi tentang penggunaan Cissus Quadrangularis kepada manusia, keselamatan jangka masa panjang adalah tidak diketahui.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan pengambilan Cissus Quadrangularis sekiranya anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan penggunaannya.

Diabetes: Cissus Quadrangularis mungkin menurunkan gula dalam darah. Mengambil Cissus Quadrangularis bersama ubatan lain untuk diabetes mungkin mengurangkan gula dalam darah terlalu banyak. Perhatikan tanda-tanda rendah gula dalam darah (hipoglisemia) dan pantau paras gula dalam darah anda dengan teliti sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil Cissus quadrangularis.

Pembedahan: Cissus Quadrangularis mungkin menurunkan gula dalam darah dan boleh mengganggu pengawalan gula dalam darah semasa dan selepas prosedur pembedahan. Berhenti menggunakan Cissus quadrangularis sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Cissus Quadrangularis?

Kemungkinan kesan sampingan, antaranya sakit kepala, gas usus, mulut kering, cirit birit dan insomnia. Namun, tiada maklumat yang mencukupi bagi mengetahui berapa kerap kesan-kesan sampingan ini mungkin berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Cissus Quadrangularis?

Cissus Quadrangularis mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Cissus Quadrangularis yang biasa digunakan?

Dos bagi Cissus Quadrangularis mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Cissus Quadrangularis?

Cissus Quadrangularis boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak Cissus quadrangularis berkapsul
  • Serbuk Cissus quadrangularis

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut