Carnosine

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Carnosine?

Carnosine adalah blok binaan protein yang secara semula jadi dihasilkan di dalam badan. Ia tertumpu pada otot apabila ia berfungsi, dan ia juga ditemui di jantung, otak, dan banyak bahagian badan yang lain.

Carnosine digunakan untuk mencegah penuaan, mencegah atau merawat komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, gangguan mata, dan masalah buah pinggang.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Carnosine adalah penting untuk banyak fungsi badan yang normal termasuklah fungsi dan perkembangan otot, jantung, hati, buah pinggang, otak, dan  organ-organ lain yang sesuai. Terdapat beberapa saranan untuk menggunakan Carnosine bagi mencegah penuaan kerana ia seolah-olah memberi kesan terhadap bahan kimia tertentu yang mungkin memainkan peranan dalam proses penuaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Carnosine?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Carnosine atau ubatan farmasi mahupun suplemen yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan  ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Carnosine selamat digunakan?

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada Carnosine didapati selamat untuk diambil bagi masalah kesihatan.

Peringatan dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Belum ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai tahap keselamatan untuk mengambil Carnosine jika anda sedang hamil atau menyusu. Ambillah jalan yang selamat dan elakkan penggunaan.

Tekanan darah rendah: Carnosine mungkin akan menurunkan tekanan darah. Secara teori, pengambilan Carnosine mungkin membuatkan tekanan darah menjadi terlalu rendah pada orang yang menghidap tekanan darah rendah.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Carnosine?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Carnosine?

Carnosine mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Carnosine yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen Carnosine ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Carnosine?

Suplemen Carnosine ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul L-Carnosine 500 mg.
  • Cecair Carnosine.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut