California Poppy

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan California Poppy?

California poppy adalah sejenis tumbuhan. Ia adalah bunga negeri California. Orang menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah untuk tujuan perubatan.

Ia digunakan untuk merawat keadaan berikut:

  • Masalah tidur (insomnia)
  • Kesakitan
  • Gangguan gemuruh
  • Kencing malam bagi kanak-kanak
  • Penyakit pundi kencing dan hati
  • Membantu dalam relaksasi

California poppy digunakan dengan gabungan herba-herba lain untuk kemurungan, keletihan mental dan fizikal jangka panjang (neurastenia), sakit saraf, pelbagai keadaan psikiatri, masalah pembuluh darah, kepekaan terhadap perubahan cuaca, dan sedasi.

Kombinasi herba termasuk California poppy juga digunakan untuk tidur dan gangguan suasana (mood) yang berkaitan dengan angin hangat yang kuat di Alps (penyakit foehn).

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa California poppy mengandungi bahan kimia, yang mungkin menyebabkan relaksasi dan mengantuk.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil California Poppy?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam California poppy atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah California Poppy selamat digunakan?

California Poppy dilihat selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dengan berpatutan secara oral selama tiga bulan atau kurang.

Kehamilan dan menyusukan anak:

Tiada maklumat yang cukup mengenai penggunaan California Poppy semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Pembedahan:

California poppy boleh memperlahankan sistem saraf pusat, menyebabkan rasa mengantuk dan kesan lain. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa California poppy mungkin terlalu memperlahankan sistem saraf pusat apabila digabungkan dengan anestesia dan ubat-ubatan lain yang digunakan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan California poppy sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan California Poppy?

Reaksi alahan boleh berlaku apabila menggunakan herba ini, seperti ruam, kerengsaan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan California Poppy?

Produk boleh bertindak balas dengan herba ini, termasuk:

  • Ubat sedatif (Benzodiazepines). mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat yang menyebabkan rasa mengantuk dinamakan sedatif. Mengambil California Poppy bersama-sama dengan ubat sedatif mungkin menyebabkan rasa terlalu mengantuk. Beberapa ubat sedatif termasuk clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), dan lain-lain.
  • Ubat-ubatan sedatif (depresan sistem saraf pusat). Poppy California mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Mengambil California Poppy bersama-sama dengan ubat sedatif mungkin menyebabkan rasa terlalu mengantuk. Beberapa ubat sedatif termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain

California Poppy mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos California Poppy yang biasa digunakan?

Insomnia:

Ambil titisan 20-50 (kira-kira 1/4 1/2 sudu teh) yang diambil selama satu jam sebelum tidur. Cuba pelbagaikan jumlah dos anda, tetapi secara umumnya jika anda seorang yang kecil dan sensitif, mulakan dengan dos lebih rendah dan jika anda seorang yang besar dan kuat, cuba dos yang lebih tinggi.

Sakit:

Ambil 40-80 titis (1 / 2-1 sudu teh). Cuba uji dos anda. Jika ambil terlalu banyak dan anda akan merasa pening-pening lalat, maka dos ini tidak diperlukan. Rasa sakit akan lega pada satu dos yang mana anda akan dapat tidur lebih baik, dan sebarang penggunaan lebih dari dos itu, hanyalah pembaziran bahan sahaja.

Keresahan:

Sepanjang hari, ambil dalam bentuk dos titisan biasanya 5-10 titis (1 / 8- 1/4 sudu teh) setiap beberapa jam.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan California Poppy?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 15, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut