Buah Melaka

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Buah Melaka

Kegunaan

Apakah kegunaan Buah Melaka?

Buah melaka adalah sejenis pokok yang tumbuh di rantau India, Timur Tengah, dan beberapa negara Asia Tenggara. Buah melaka telah digunakan dalam perubatan Ayurveda selama ribuan tahun. Hari ini orang masih menggunakan buah pokok ini untuk membuat ubat.

Buah melaka diambil melalui mulut untuk mengawal kolesterol tinggi, “pengerasan arteri” (aterosklerosis), diabetes, sakit dan pembengkakan pankreas, kanser, sakit perut, masalah mata, sakit sendi, cirit-birit, cirit-birit berdarah (disentri) , osteoartritis, obesiti, dan “pemulihan organ”. Ia juga digunakan untuk membunuh kuman, mengurangkan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh reaksi badan terhadap kecederaan atau penyakit (keradangan).

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana buah melaka ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa: Buah melaka didapati berfungsi dengan mengurangkan paras kolesterol keseluruhan, termasuk asid lemak yang dipanggil trigliserida, tanpa menjejaskan tahap “kolesterol baik” yang dipanggil lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Buah Melaka?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok buah melaka atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Buah Melaka selamat digunakan?

Buah melaka didapati kemungkinan besar selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dalam jumlah normal yang ditemui dalam hidangan.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa buah melaka adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan kekal pada jumlah normal dalam hidangan.

Masalah pendarahan: Buah melaka mungkin akan meningkatkan risiko pendarahan atau lebam pada sesetengah orang. Sekiranya anda mengalami masalah pendarahan, gunakan buah melaka dengan berhati-hati.

Diabetes: Buah melaka boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ubat diabetes anda mungkin perlu diselaraskan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda.

Penyakit hati: Secara teori, pengambilan buah melaka bersama dengan halia, Cordifolia Tinospora, dan kemenyan India mungkin akan menjadikan fungsi hati lebih teruk pada orang yang mempunyai penyakit hati. Tetapi tidak diketahui jika pengambilan buah melaka sendiri boleh menghasilkan kesan ini.

Pembedahan: Buah melaka mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil buah melaka sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sebarang pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Buah Melaka?

Rumusan Ayurveda yang mengandungi bahan buah melaka telah dikaitkan dengan kerosakan hati. Tetapi, masih tidak jelas jika pengambilan buah melaka sahaja akan menghasilkan kesan ini atau tidak.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Buah Melaka?

Buah Melaka mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Buah Melaka yang biasa digunakan?

Dos untuk produk buah melaka ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Buah Melaka?

Produk buah melaka ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur;

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.