Boneset

Oleh

Nama AM: Boneset

Kegunaan

Apakah kegunaan Boneset?

Tumbuhan Boneset biasanya digunakan untuk:

  • Demam.
  • Keluaran air kencing.
  • Menyebabkan muntah.
  • Sembelit.
  • Influenza.
  • Selesema babi.
  • Bronkitis akut.
  • Keradangan hidung.
  • Kesakitan sendi (reumatik).
  • Penahanan cecair.
  • Demam denggi.
  • Pneumonia.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa komponen kimia dalam Boneset mungkin berfungsi sebagai ubat anti kanser, dan mempunyai sedikit aktiviti ringan terhadap bakteria.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Boneset?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan. Ini kerana jika anda sedang hamil atau ingin menyusukan bayi, anda hanya boleh ambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Boneset atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain, seperti alergi terhadap tumbuhan ragweed dan yang berkaitan seperti Asteraceae / Compositae
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan uplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Boneset selamat digunakan?

Kehamilan dan penyusuan bayi: Elakkan dari penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Boneset?

Ia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang besar. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Boneset?

Boneset mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Boneset yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Boneset ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang wajar diambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Boneset?

Produk Boneset ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul, 450 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.