Bog Bilberry

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Bog Bilberry?

Bog Bilberry biasanya digunakan untuk merawat:

  • Pembengkakan lapisan perut dan usus.
  • Cirit-birit.
  • Masalah pundi kencing.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Bog Bilberry mengandung tanin, yang dapat membantu mengurangkan pembengkakan pada saluran pencernaan dan melegakan cirit-birit.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bog Bilberry?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada Bog Bilberry atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Bog Bilberry selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu bayi: elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bog Bilberry?

Ia boleh membuat beberapa tanda-tanda keracunan seperti:

  • Muntah-muntah.
  • Perubahan mental..
  • Kelemahan.
  • Perubahan dalam penglihatan.
  • Lain-lain.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bog Bilberry?

Bog Bilberry mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bog Bilberry yang biasa digunakan?

Dos untuk produk Bog Bilbery ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang wajar diambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Bog Bilberry?

Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul 60 mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.