Bismuth

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Bismuth?

Bismuth (Bi) adalah elemen kimia dengan nombor atom 83. Bismuth yang terkandung di dalam suplemen selalunya dalam bentuk garam.

Ia diambil melalui mulut untuk keadaan perubatan berikut :

  • Kolitis
  • Sembelit
  • Cirit birit dan cirit birit ‘pengembara’ (traveler’s diarrhea)
  • Masalah penghadaman
  • Jangkitan helicobacter pylori
  • Ileostomi berbau
  • Masalah perut yang disebabkan oleh ubat anti-radang jenis bukan steroid
  • Ulser perut
  • Flu perut/Gastroenteritis

Ia juga digunakan pada kulit untuk masalah buasir. Selain itu, orang menggunakannya sebagai enema untuk keradangan kantung. Garam bismuth juga dicampurkan dalam proses pembuatan alat-alat kosmetik, bateri, cat, dan pigmen plastik.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian masih tidak cukup tentang bagaimana bismuth ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, garam bismuth dipercayai membantu untuk menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan masalah perut seperti cirit birit dan ulser perut. Garam bismuth juga berfungsi seperti antasid untuk merawat masalah penghadaman. bismuth juga boleh mempercepatkan pembekuan darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bismuth?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bismuth atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Bismuth selamat digunakan?

Mengambil sejenis garam bismuth yang dipanggil bismuth subgallate melalui mulut, dalam jangka masa pendek seperti yang diarahkan oleh doktor adalah selamat digunakan bagi merawat ileostomi berbau. Selain itu, jenis bismuth yang lain seperti bismuth subsalicylate juga selamat digunakan apabila diambil melalui mulut, dalam jangka masa pendek seperti yang diarahkan untuk merawat cirit-birit.

Bismuth garam yang lain juga adalah selamat apabila diambil melalui mulut dengan cara yang sepatutnya dalam jangka masa yang pendek termasuklah ranitidine bismuth citrate, colloidal bismuth subcitrate, dan bismuth subnitrate. Semuanya adalah selamat untuk digunakan apabila diambil dalam dos 400-2100 mg sehari dalam tempoh 56 hari.

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan bismuth semasa hamil dan menyusukan bayi. Berhati-hatilah dan elakkan penggunaanya

Kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun)

Bismuth subgallate dan bismuth subsalicylate adalah selamat digunakan melalui mulut, dalam jangka masa pendek seperti yang diarahkan oleh doktor . Mengambil 200-400 mg bismuth subgalat melalui mulut, 4 kali sehari telah diluluskan oleh US FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika)  sebagai deodoran kanak-kanak sekurang-kurangnya berumur 12 tahun. Pengambilan 1.05 gram bismuth subsalicylatemelalui mulut, setiap jam mengikut keperluan (tidak lebih daripada 4.2 gram sehari) selama 2 hari telah diluluskan oleh US FDA untuk cirit birit bagi kanak-kanak sekurang-kurangnya berumur 12 tahun. Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan garam bismuth yang lain oleh kanak-kanak. bismuth berkemungkinan tidak selamat digunakan apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang besar atau tempoh yang terlalu lama.

Alahan kepada salicylate

Terdapat banyak suplemen bismuth mengandungi garam bismuth yang dipangiil bismuth subsalicylate. Apabila diambil melalui mulut , bismuth subsalicylate akan diuraikan di dalam perut kepada bismuth dan salicylate. Secara teorinya, orang yang sensitif pada salicylate boleh mendapat kesan sampingan yang serius dari suplemen ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Bismuth?

Pengambilan bismuth melalui mulut dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang. Selain itu, pengambilan bismuth dalam tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan kerosakan saraf.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bismuth?

Bismuth mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Bismuth yang biasa digunakan?

Untuk merawat ulser yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori (H. pylori):

Menggunakan terapi tigaan, 120 mg bismuth subcitrate, 500 mg amoxicillin, dan 250 mg metronidazole 4 kali sehari selama 14 hari.

Menggunakan terapi kuadrupel/empatan(BQT), 240-1680 mg garam bismuth setiap hari, 400-1500 mg metronidazole setiap hari, 1500-2000 mg tetracycline setiap hari, dan ubat untuk mengurangkan asid perut (perencat pam proton) selama 7 ke 14 hari.

Untuk ulser perut:

700 mg bismuth subnitrate 3 kali sehari selama 4 minggu telah digunakan. Selain itu, 300 mg bismuth subnitrate 4 kali sehari, 20 mg omeprazole 2 kali sehari, dan 500 mg amoxicillin 4 kali sehari selama 2 minggu boleh digunakan.

Pencegahan cirit birit ‘pengembara’ (traveler’s diarrhea):

1.05-2.1 gram bismuth subsalicylate dibahagi kepada dua dos setiap hari bermula sehari sebelum mengembara sehingga dua hari selepas kembali ke rumah.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Bismuth?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Bismuth 262 mg/15 mL oral suspension
  • Kapsul garam bismuth

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut