backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Biji Hitam

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Biji Hitam?

Biji hitam adalah tumbuhan. Ia biasanya digunakan untuk merawat:

  • Sakit kepala
  • Sakit gigi
  • Hidung tersumbat
  • Cacing usus
  • Mata merah jambu (konjunktivitis)
  • Poket jangkitan (abses)
  • Parasit
  • Keadaan saluran pencernaan termasuk gas, kolik, cirit-birit, disentri, sembelit dan buasir
  • Kondisi pernafasan termasuk asma, alahan, batuk, bronkitis, emfisema, selesema, selesema babi, dan kesesakan
  • Tekanan darah
  • Tahap kolesterol
  • Kanser
  • Sistem imun

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi mengenai bagaimana biji hitam berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa biji hitam mungkin membantu meningkatkan sistem imun, melawan kanser, mencegah kehamilan, dan mengurangkan tindak balas alahan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Biji Hitam?

Sila berunding dengan doktor anda atau ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan anak. Ini adalah kerana, ketika anda menjangkakan bayi atau menyusukan bayi, anda patut hanya mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda sedang ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan biji hitam atau ubat-ubatan lain atau herba-herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit-penyakit lain, gangguan, atau keadaan perubatan.
  • Anda mempunyai lain-lain jenis alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Biji Hitam selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Kanak-kanak

Minyak biji hitam mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jangka pendek dan dalam jumlah yang disyorkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Biji Hitam?

Biji hitam boleh menyebabkan ruam alahan apabila digunakan pada kulit. 

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Biji Hitam?

Biji Hitam mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Biji Hitam yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Biji Hitam?

Biji hitam boleh didapati dalam bentuk-bentuk dos yang berikut:

  • Gel lembut
  • Gel biji hitam tulen

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan