BHT

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan BHT?

Butylated hydroxytoluene (BHT) adalah bahan kimia yang dihasilkan di dalam makmal yang ditambah ke dalam makanan sebagai pengawet. Ia juga digunakan sebagai ubat.

BHT digunakan untuk merawat herpes genital dan AIDS.

Sesetengah orang menggunakan BHT langsung ke kulit untuk penyakit lepuh sejuk (cold sore).

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana BHT bertindak. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. BHT dikenali juga sebagai antioksida. Ia boleh menghancurkan lapisan luar yang melindungi sel viral. Ini boleh menghalang virus daripada berganda dan membuat lebih banyak kerosakan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil BHT?

Sila berunding dengan doktor, ahli farmasi dan ahli herba anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana wanita yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan betaina hidroklorida, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan. ¬†

Kawalan untuk suplemen tidaklah seketat kawalan ke atas ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh suplemen ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah BHT selamat digunakan?

Kandungan BHT yang ditemui dalam makanan yang diproses adalah selamat tetapi tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui adakah BHT dalam dos ubat (dos yang lebih tinggi) selamat untuk digunakan. Tiada maklumat yang mencukupi juga untuk memastikan adakah ia selamat digunakan pada kulit.

Langkah penjagaan khusus

Kehamilan dan menyusu badan; BHT di dalam makanan adalah selamat untuk diambil, tetapi tiada maklumat yang mencukupi untuk mengesahkan adakah ia selamat dalam jumlah yang lebih banyak yang digunakan sebagai ubat. Sekiranya anda sedang hamil atau menyusukan bayi , elakkan mengambil BHT selain daripada yang terkandung dalam makanan sehinggalah lebih banyak maklumat diperolehi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan BHT?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan doktor anda

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan BHT?

BHT mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos BHT yang biasa digunakan?

Dos BHT yang diberikan mungkin berlainan untuk setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa kondisi lain. Suplemen tidak selalunya selamat.  Sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan BHT?

BHT mungkin boleh ditemui dalam bentuk berikut:

  • Kapsul butylated hydroxytoluene 250mg
  • Cecair butylated hydroxytoluene

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.