Betaine Hydrochloride

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Betaine Hydrochloride

Kegunaan

Apakah kegunaan Betaine Hydrochloride?

  • Hipokalemia
  • Demam jerami
  • Asma
  • Aterosklerosis
  • Jangkitan yis
  • Cirit birit
  • Alahan makanan
  • Batu hempedu
  • Jangkitan telinga dalam
  • Artritis reumatoid
  • Gangguan tiroid
  • Melindungi hati

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana betaine hydrochloride berfungsi. Sila berunding dengan pakar herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Betaine Hydrochloride?

Sila berunding dengan doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana wanita yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan betaine hydrochloride, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan.  

Kawalan untuk bahan-bahan sampingan/supplemen tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh bahan sampingan ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan ahli herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Betaine Hydrochloride selamat digunakan?

Wanita mengandung dan menyusu badan

Berhati-hatilah dan elakkan penggunaanya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Betaine Hydrochloride?

Betaine hydrochloride boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Betaine Hydrochloride?

Betaine Hydrochloride mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Betaine Hydrochloride yang biasa digunakan?

Dos betaine hydrochloride mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa kondisi lain. Bahan-bahan tambahan/suplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Betaine Hydrochloride?

Betaine hydrochloride mungkin boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut:

  • Kapsul 500 mg, 520 mg, 600 mg
  • Kapsul 500 mg, 520 mg, dan 600mg

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut