Betaine HCL

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Betaine HCL?

Betaine HCL (betaine hydrochloride) adalah bahan kimia yang dihasilkan di makmal. Ia digunakan sebagai ubat.

Betaine hydrochloride juga digunakan untuk merawat:

  • Hipokalemia
  • Demam jerami (Hay fever)
  • Asma
  • Aterosklerosis
  • Jangkitan yis
  • Cirit birit
  • Alahan makanan
  • Batu hempedu
  • Jangkitan telinga dalam
  • Artritis reumatoid
  • Gangguan tiroid

Ia juga digunakan untuk melindungi hati.

Bagaimana ia berfungsi?

Tada kajian yang mencukupi tentang bagaimana betaine hydrochloride berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Betaine HCL?

Sila berunding dengan doktor dan ahli farmasi anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana wanita yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan betaine hydrochloride, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan.  

Kawalan untuk bahan-bahan sampingan/supplemen tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh bahan sampingan ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Betaine HCL selamat digunakan?

Tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui adakah betaine hydrochloride benar-benar selamat.

Langkah penjagaan dan amaran khusus

Wanita yang mengandung dan menyusu badan. Tiada kajian yang mencukupi tentang kesan penggunaan betaine hydrochloride sewaktu mengandung dan menyusu badan. Berhati-hatilah dan elakkan penggunaanya.

Penyakit ulser peptik. Penggunaan betaine hydrochloride akan menghasilkan asid hidroklorik yang dikhuatiri akan mengganggu ulser di perut dan menghalang pemulihannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Betaine HCL?

Betaine hydrochloride boleh menyebabkan pedih ulu hati

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Betaine HCL?

Betaine HCL mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Betaine HCL yang biasa digunakan?

Dos Betaine Hydrochloride mungkin berbeza untuk seitap pesakit. Dos yang diambil berbeza bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa kondisi lain. Bahan-bahan tambahan/supplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Betaine HCL?

Betaine hydrochloride mungkin boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut:

  • Betaine hcl 648 mg dengan Pepsin 150mg
  • Serbuk betaine hcl   

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 15, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut