Bawang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan bawang?

Bawang adalah sejenis tumbuhan. Umbi (bahagian bawah yang berbentuk bulat) bawang digunakan untuk membuat ubat-ubatan.

Bawang digunakan untuk:

  • Menyembuhkan masalah penghadaman termasuk hilang selera makan, perut meragam, dan gangguan pundi hempedu
  • Menyembuhkan masalah jantung dan pembuluh darah termasuk sakit dada (angina) dan tekanan darah tinggi
  • Mengelakkan “pengerasan arteri” (aterosklerosis)
  • Menyembuhkan kekeringan mulut dan tekak, batuk kokol, bronchitis, asma, dehidrasi, gas usus, cacing parasit, dan kencing manis

Sesetengah orang menggunakannya sebagai diuretik untuk meningkatkan pengeluaran air kencing.

Bawang disapu secara langsung ke kulit untuk menangani masalah gigitan serangga, luka-luka, kesan terbakar yang sedikit, melecur, ketuat dan bengkak.

Dalam makanan, bawang digunakan di dalam banyak resepi.

Dalam pembuatan, minyaknya digunakan untuk menambah perasa makanan.

Bagaimanakah bawang berfungsi?

Bawang mungkin boleh membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol, faktor risiko untuk pengerasan arteri. Ada sesetengah bukti yang menyatakan bawang juga boleh mengurangkan ketegangan paru-paru untuk orang yang menghidapi asma. Walau bagaimanapun, masih belum cukup kajian berkenaan cara bagaimana bawang berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum menggunakan bawang?

Sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika dalam fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan-bahan berasaskan bawang atau ubat atau herba-herba yang lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain, gangguan sakit, atau dalam keadaan sakit.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah bawang selamat?

Bawang adalah selamat dimakan dengan jumlah yang biasanya ditemui dalam makanan atau bila disapukan pada kulit. Ia juga berkemungkinan selamat untuk semua orang apabila dimakan dengan jumlah yang lebih. Pengambilan maksimum sehingga 35 mg ramuan bawang “diphenylamine” setiap hari untuk beberapa bulan adalah selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran yang khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat sahih yang cukup berkenaan keselamatan mengambil bawang sebagai ubat-ubatan jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Kekalkan langkah selamat dan elakkan mengambil bawang dengan jumlah yang lebih banyak daripada jumlah makanan yang biasa.

Gangguan pendarahan: Bawang mungkin boleh melambatkan pembekuan darah. Hal ini perlu ditekankan yang bawang mungkin meningkatkan risiko pendarahan bila diambil sebagai ubat-ubatan. Jangan gunakan jumlah ubat-ubatan bawang atau ekstrak bawang jika anda mengalami masalah gangguan pendarahan.

Kencing manis: Bawang mungkin boleh menurunkan gula dalam darah. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, sila periksa jumlah gula dalam darah dengan berhati-hati.

Pembedahan: Bawang mungkin boleh melambatkan pembekuan darah dan merendahkan jumlah gula dalam darah. Secara teorinya, bawang mungkin boleh meningkatkan risiko untuk pendarahan atau menganggu pengawalan gula dalam darah semasa dan selepas prosedur pembedahan. Hentikan pengambilan bawang sebagai ubat-ubatan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum jadual pembedahan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan bawang?

Tiada maklumat yang cukup berkenaan kesan sampingan pengambilan bawang. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa penjual herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan bawang?

Bawang mungkin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan penyakit anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Produk yang mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Aspirin

Sesetengan orang mempunyai alahan dengan bawang. Aspirin boleh meningkatkan kepekaan anda pada bawang jika anda mengalami alahan pada bawang. Perkara ini hanya dilaporkan oleh seorang sahaja. Tetapi untuk kekal selamat, jika anda ada alahan pada bawang, jangan ambil aspirin dan makan bawang.

  • Lithium

Bawang mungkin mengandungi kesan seperti pil air atau “diuretik”. Pengambilan bawang mungkin boleh menurunkan kelancaran tubuh badan untuk menyingkirkan lithium. Hal ini boleh meningkatkan jumlah lithium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berunding dengan penjaga kesihatan anda sebelum mengambil produk ini jika anda mengambil lithium. Dos keperluan lithium anda mungkin perlu ditukar.

  • Ubat-ubatan untuk kencing manis (ubat Antidiabetes)

Bawang mungkin boleh merendahkan gula dalam darah. Ubat-ubatan kencing manis juga adalah digunakan untuk merendahkan gula dalam darah. Pengambilan bawang bersama ubat-ubatan kencing manis mungkin boleh mengakibatkan gula dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Sila pantau gula dalam darah anda dengan kerap. Dos ubat-ubatan kencing manis anda mungkin perlu diubah.

Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk kencing manis termasuk glimperide (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), and lain-lain.

  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (Anticoagulan/Ubat Antiplatelete)

Bawang mungkin boleh melambatkan pembekuan darah. Pengambilan bawang bersama ubat-ubatan ini juga boleh melambatkan pembekuan darah dan boleh meningkatkan peluang untuk lebam bengkak dan pendarahan.

Sesetengah ubat-ubatan yang melambatkan proses pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, dan lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa untuk bawang?

Dos untuk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau pakar herba tentang dos yang sesuai.

Apakah ketersediaan bawang?

Herba ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul.
  • Cecair ekstrak.
  • Sirap.
  • Serbuk.

                                           

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut