backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Baobab

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan baobab?

Baobab adalah sejenis pokok yang berasal dari Afrika, Australia, Arab, dan Madagascar. Buah dan daun pokok ini digunakan secara perubatan untuk asma, pencegah nyamuk, dan untuk keadaan alahan kulit. Baobab juga boleh membantu:

  • Meningkatkan pengambilan vitamin dan mineral
  • Meningkatkan keimunan
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Memudahkan pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan peredaran darah dan kesihatan urat

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa baobab mengandungi beberapa nutrien dan mempunyai beberapa sifat antioksidan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Baobab?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Baobab atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba  kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah baobab digunakan?

Baobab mungkin selamat apabila dimakan sebagai makanan. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatannya apabila digunakan sebagai ubat.

Kehamilan dan menyusu:

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada penggunaan baobab sebagai ubat semasa mengandung atau menyusukan bayi adalah selamat. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya alami dari pengambilan baobab?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai sebarang kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan baobab?

Baobab boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk baobab?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan baobab yang diperolehi?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Serbuk

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan