backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bakteria Bifido

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Bakteria Bifido?

Bakteria bifido adalah sekumpulan bakteria yang hidup secara normal di dalam usus manusia. Ia boleh dikembangbiakkan di luar tubuh badan dan diambil melalui mulut sebagai ubat.

Bakeria bifido digunakan untuk banyak keadaan yang melibatkan usus, termasuk;

  • Cirit birit bagi bayi dan kanak-kanak
  • Cirit-birit “pengembara” (traveler’s diarrhea)
  • Sebahagian orang mengambil bakteria bifido untuk mengembalikan “bakteria baik” di dalam usus yang telah dihapuskan atau dibuang di dalam najis semasa cirit birit, radiasi, kemoterapi, antibiotik, dan sebab-sebab lain. Bakteria bifido juga digunakan untuk merawat:

    • Kolitis Ulseratif (ulcerative colitis)
    • ‘Keradangan kantung’ (pouchitis) selepas pembedahan kolitis ulseratif
    • Enterokolitis menekrosis dalam bayi yang baru lahir
    • Ekzema atopik
    • Jangkitan yis (kandidiasis)
    • Selesema, flu, simptom seperti flu bagi kanak-kanak yang datang ke pusat penjagaan.
    • Sakit buah dada (mastitis)
    • Hepatitis / Keradangan pada hati
    • Gagal menahan laktosa (lactose intolerance)
    • Beguk
    • Penyakit Lyme
    • Kanser

    Bakteria ini juga digunakan untuk merangsang sistem imun dan merendahkan tahap kolesterol.

    Bagaimana ia berfungsi?

    Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana bakteria bifido bertindak. Sila berunding dengan pakar herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut. Namun, bakteria bifido diketahui digunakan dalam rawatan sebagai “probiotik”, lawan kepada antibiotik. Ia dianggap sebagai bakteria yang “mesra” dan diambil untuk mengembangbiak dan menggandakan bilangannya di bahagian tubuh badan yang sememangnya mereka wujud secara normal. Probiotik seperti bakteria bifido selalunya digunakan untuk penyakit yang berlaku atau mungkin berlaku kerana ketiadaan bakteria normal. Teorinya ialah pengambilan bakteria bifido  sewaktu rawatan antibiotik boleh menghalang atau mengurangkan kematian bakteria baik daripada diambil alih oleh bakteria jahat.

    Langkah berjaga-jaga & Amaran

    Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Bakteria Bifido?

    sila berunding dengan doktor , ahli farmasi atau ahli herba anda sekiranya:

    • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana wanita yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
    • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
    • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan betaina hidroklorida, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
    • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
    • Anda mempunyai alahan kepada sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan.  

    Kawalan untuk suplemen tidaklah seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh suplemen ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Bakteria Bifido selamat digunakan?

    Bakteria bifido adalah selamat untuk digunakan bagi orang dewasa dan kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dengan cara yang sepatutnya.

    Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

    Kehamilan dan menyusu badan; tidak terdapat maklumat yang mencukupi tentang keselamatan pengambilan bakteria bifido sewaktu anda hamil atau menyusukan anak. Berhati-hatilah danelakkan penggunaanya.

    Sistem imun yang lemah: Terdapat kebimbangan bahawa “probiotik” mungkin berkembangbiak dengan terlalu banyak pada orang yang memiliki sistem imun yang lemah lalu menyebabkan jangkitan. Namun, hal ini tidak berlaku secara khusus kepada bakteria bifido,terdapat kes yang jarang-jarang berlaku melibatkan  spesis lain probiotik seperti laktobacillus. Sekiranya anda mempunyai sistem imun yang lemah (seperti HIV, AIDS atau menjalani rawatan kanser), mintalah nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan bakteria bifido

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Bakteria Bifido?

    Dalam sesetengah orang, rawatan bakteria bifido boleh menyebabkan masalah pada perut dan usus, menyebabkan kembung perut dan berangin.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Bakteria Bifido?

    Produk yang boleh memberi tindak balas dengan bakteria bifido termasuklah:

    • Ubat antibiotik

    Antibiotik digunakan untuk mengurangkan bakteria merbahaya di dalam badan. Antibiotik juga boleh mengurangkan bakteria baik didalam badan kita. Bakteria bifido adalah sejenis bakteria baik. Mengambil antibiotik bersama dengan bakteria bifido boleh mengurangkan keberkesanan bakteria bifido. Untuk mengelakkan tindak balas ini, elakkan mengambil bakteria bifido sekurang-kurangnya dua jam sebelum atau selepas antibiotik..  

    Bakteria Bifido mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Bakteria Bifido yang biasa digunakan?

    Kekuatan penyediaan bakteria bifido selalunya dikira berdasarkan bilangan organisma yang hidup bagi setiap dos. Dos-dos yang berikut adalah melalui hasil kajian saintifik:

    Melalui mulut:

    • Sindrom usus rengsa: 1 bilion sel Bifidobacterium infantis setiap hari di dalam susu bermalta.
    • Jangkitan paru-paru pada kanak-kanak; 120 ml susu 2 kali sehari mengandungi 5 bilion unit penghasilan koloni bagi setiap Lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium yang terkandung dalam produk spesifik (HOWATU protect, Danisco)
    • Keradangan kantung kronik; Dos 600 bilion bakteria yang mengandungi spesis Lactobacillus, Bifidobacterium dan Streptococcus
    • Untuk rawatan Helicobacter pylori; dos sebanyak  5 bilion bakteria yang terdiri daripada spesies Bifidobacterium lactis dan Lactobacillus acidophilus sekali sehari.
    • Untuk sembelit; 1-100bilion sel Bifidobacterium dalam bentuk serbuk sekali sehari.   

    Untuk kolitis ulseratif;

    • 100 ml susu fermentasi yang khusus setiap hari (Yakult Co., Japan)  mengandungi 10 bilion Bifidobacterium breve, Bifidobacterium bifidum, dan Lactobacillus acidophilus yang hidup telah digunakan
    • 3 gram kombinasi khusus probiotik yang mengandungi spesis bakteria hidup yang telah dibeku dan dikeringkan termasuklah lactobacillus, bifidobacteria dan streptococcus (VSL#3) dua kali sehari juga boleh digunakan

    Dos bakteria bifido yang diambil mungkin berlainan untuk setiap pesakit. Ia bergantung kepada umur, kesihatan,  dan beberapa kondisi lain. suplemen tidak selalunya selamat digunakan. sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Bakteria Bifido?

    Bakeria bifido boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut

    • Kapsul probiotik Bifidobacterium lactis
    • Serbuk Bifidobacterium longum

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan