Babassu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Babassu?

Babassu adalah sejenis pokok. Buah, minyak, dan sisa-sisa daripada herba digunakan untuk membuat ubat-ubatan.

Terdapat banyak kegunaan Babassu mengikut sesuatu keadaan kesihatan . Setakat ini, tiada bukti saintifik yang mencukupi untuk menentukan keberkesanannya.

Babassu diambil dengan mulut untuk:

  • Arthritis
  • Kanser
  • Sembelit
  • Pembengkakan perut dan usus
  • Bengkak atau jangkitan pada saluran kemaluan wanita
  • Obesiti
  • Sakit
  • Penyakit pada urat
  • Ulser (luka)
  • Penyembuhan luka

Sesetengah orang menyapu babassu pada kulit untuk ulser (luka), bengkak atau jangkitan pada saluran kemaluan wanita, dan untuk penyembuhan luka.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Freshcut berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia dikenali dengan buah Babassu yang mengandungi  bahan kimia MP1 glucan yang mengurangkan tahap awal keradangan (bengkak). Babassu juga mengandungi bahan kimia yang melambatkan pembekuan darah, mengurangkan fungsi kelenjar tiroid, merangsang sistem imun, menghalau serangga, dan menggalakkan penyembuhan luka.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Babassu?

Sebelum mengambil Babassu, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan Babassu atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan pada makanan, pewarna, pengawet atau binatang.

Peraturan untuk herba longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk ahli herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Babassu selamat digunakan?

Tiada maklumat yang boleh dipercayai mengenai jaminan keselamatan Babassu atau kesan sampingan penggunaannya.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Ketika hamil dan menyusukan bayi: Tiada maklumat yang boleh dipercayai tentang jaminan keselamatan pengambilan Babassu semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Gangguan pendarahan: Babassu akan melambatkan pembekuan darah. Secara teori, Babassu akan meningkatkan risiko lebam atau pendarahan pada sesetengah orang dengan gangguan pendarahan.

Pembedahan: Babassu akan melambatkan pembekuan darah. Ia mungkin akan menyebabkan pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil Babassu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Masalah tiroid seperti hipotiroidisme (hormon tiroid terlalu sedikit) atau goiter: Babassu mungkin mengurangkan fungsi tiroid. Ini mungkin akan membuat keadaan tertentu, seperti hipotiroidisme atau goiter, lebih teruk. Elakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Babassu?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Babassu?

Babassu mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Babassu yang biasa digunakan?

Dos Babassu berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Babassu?

Babassu boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minyak Babassu

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.