Astragalus Membranaceus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Astragalus Membranaceus

Kegunaan

Apakah kegunaan Astragalus Membranaceus?

Astragalus, juga dikenali sebagai astragalus membranaceus, merupakan herba. Akarnya digunakan untuk membuat ubat-ubatan.

Astragalus digunakan untuk pelbagai keadaan, namun tiada bukti saintifik yang cukup untuk menentukan keberkesanannya.

Astragalus digunakan untuk:

  • Selsema
  • Jangkitan saluran nafas atas
  • Alahan
  • Fibromyalgia
  • Anemia
  • HIV/AIDS
  • Sindrom Kelesuan Kronik (SHU)
  • Penyakit buah pinggang
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi

Sesetengah orang menggunakan Astragalus sebagai tonus umum, untuk melindungi hati, untuk menguatkan dan mengawal atur sistem imun, dan untuk melawan bakteria dan virus.

Astragalus kebiasaannya digunakan bersama herba yang lain. Sebagai contoh, Astragalus dimakan untuk merawat barah buah dada, barah pangkal rahim (serviks), dan barah paru-paru apabila digabungkan dengan Ligustrum lucidum (glossy privet).

Astragalus kadangkala digunakan pada kulit untuk meningkatkan pengaliran darah di kawasan luka dan menyembuhkan luka.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi untuk menjelaskan bagaimana Astragalus berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut. Namun, Astragalus dikatakan boleh merangsang dan meningkatkan sistem imun.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Astragalus Membranaceus?

Sebelum mengambil Astragalus membranaceus, sila beritahu doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan Astragalus atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan pada makanan, pewarna, pengawet atau binatang.

Peraturan untuk herba longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk ahli herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Astragalus Membranaceus selamat digunakan?

Astragalus barangkali selamat untuk seorang dewasa apabila diambil dengan betul melalui mulut atau intravena (oleh IV). Dos sehingga 30 gram sehari dengan mulut selama 3 bulan, 40 gram sehari dengan mulut selama 2 bulan, atau 80 gram sehari intravena (oleh IV) selama satu bulan telah digunakan dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Namun, beberapa penyelidikan ke atas binatang menunjukkan bahawa Astragalus boleh menjadi toksik kepada ibu dan janin. Cuba elakkan penggunaannya semasa hamil dan menyusukan bayi.

“Penyakit Autoimun” seperti Sklerosis berbilang (MS), lupus (sistemik lupus eritematosus,SLE), artritis reumatoid (RA), atau keadaan sistem imun yang lain: Astragalus berkemungkinan menjadikan sistem imun lebih aktif. Ini boleh memburukkan simptom-simptom penyakit autoimun. Elakkan menggunakan Astragalus jika anda mempunyai keadaan seperti di atas.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Astragalus Membranaceus?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Astragalus Membranaceus?

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Cyclophosphamide

Cyclophosphamide (Cytoxan, Neosar) digunakan untuk mengurangkan sistem imun. Astragalus meningkatkan sistem imun. Pengambilan Astragalus dengan Cyclophosphamide (Cytoxan, Neosar) mungkin mengurangkan keberkesanan Cyclophosphamide (Cytoxan, Neosar).

  • Litium

Astragalus mungkin mempunyai kesan pil air atau “diuretik”. Pengambilan Astragalus akan mengurangkan penyingkiran litium dari badan. Ini akan menyebabkan paras litium dalam badan meningkat dan memberikan kesan sampingan yang teruk. Sila berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini sekiranya anda mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.

  • Imunosupresan

Astragalus meningkatkan sistem imun. Pengambilan Astragalus bersama ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imun akan mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut.

Beberapa ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imun termasuk azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosprorine (Neoral, Sandimun), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf ), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone), kortikosteroid (glucocorticoids), dan lain-lain.

Astragalus Membranaceus mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Astragalus Membranaceus yang biasa digunakan?

Dos Astragalus berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Astragalus Membranaceus?

Astragalus boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Astragalus membranaceus bersalut
  • Ekstrak cecair Astragalus membranaceus
  • Serbuk Astragalus membranaceus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.