Aspen

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Aspen

Kegunaan

Apakah kegunaan Aspen?

Aspen adalah sejenis pokok. Kulit dan daun pokok ini digunakan untuk membuat ubat. Aspen biasanya digunakan bersama kombinasi herba lain bagi mengubati sakit sendi (reumatisme), ketidakselesaan kelenjar prostat, masalah belakang (skiatiks), sakit saraf (neuralgia), dan masalah pundi kencing.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan aspen mengandungi bahan kimia yang sangat sama seperti aspirin. Bahan kimia ini dikenali sebagai salicin yang boleh membantu mengurangkan bengkak (radang)

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Aspen?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam aspen atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Aspen selamat digunakan?

Tiada maklumat lengkap bagi mengetahui sama ada aspen selamat atau tidak. Jangan minum alkohol ketika mengambil aspen. Alkohol dapat meningkatkan risiko dan keseriusan pendarahan dalam perut dan usus.

Kehamilan dan menyusu badan;

Tiada maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan pengambilan aspen ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Aspen?

Reaksi pada kulit, seperti ruam, boleh berlaku jika aspen terkena secara terus pada kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Aspen?

Herba tambahan ini boleh bertindak balas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda mempunyai keadaan kesihatan, seperti:

  • Ulser perut
  • Gout
  • Gangguan darah seperti hemofilia atau hipoprothrombinemia
  • Penyakit hati
  • Penyakit buah pinggang

Aspen mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Aspen yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia berbeza bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Aspen?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Tiada

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018