Aspartat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Aspartat?

Aspartat adalah zat vitamin yang dipanggil asid amino. Aspartat bergabung dengan mineral dan boleh didapati dalam bentuk Kuprum aspartat, Besi aspartat, Magnesium aspartat, Mangan aspartat, Kalium aspartat, dan Zink aspartat.

Aspartat digunakan untuk:

  • Meningkatkan penyerapan mineral yang bergabung dengannya
  • Meningkatkan prestasi olahraga
  • Mengurangkan kecederaan otak yang disebabkan oleh sirosis hati (hepatic encephalopathy) apabila diberi intravena oleh pakar penjagaan kesihatan

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup untuk menjelaskan bagaimana supplemen ini berfungsi. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Aspartat?

Sebelum mengambil aspartat, sila beritahu doktor atau ahli farmasi anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan Aspartat atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang alahan pada makanan, pewarna, pengawet atau binatang.

Peraturan untuk supplemen longgar berbanding peraturan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatannya. Manfaat mestilah melebihi risiko sebelum digunakan. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jaminan keselamatan penggunaan Aspartat?

Tidak diketahui jaminan keselamatan Aspartat.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Aspartat?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Aspartat?

Aspartates mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Aspartat yang biasa digunakan?

Dos Aspartat berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang diambil berbeza mengikut umur, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Supplemen tidak selalunya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Aspartat?

Aspartat boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan: Penokok diet (Kapsul, tablet, cecair)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 15, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019