backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asid Hialuronik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Asid Hialuronik?

Asid hialuronik adalah bahan yang semula jadi terdapat dalam tubuh manusia. Ia berada pada kepekatan tertinggi dalam cecair di mata dan sendi. Asid hialuronik yang digunakan sebagai ubat adalah diekstrak daripada balung ayam atau dihasilkan oleh bakteria di makmal.

Orang biasa mengambil asid hialuronik untuk pelbagai gangguan sendi, termasuk osteoartritis. Ia boleh diambil melalui mulut atau disuntik ke dalam sendi yang terjejas oleh seorang profesional kesihatan.

FDA telah meluluskan penggunaan asid hialuronik semasa pembedahan mata tertentu termasuk pembuangan katarak, pemindahan kornea, dan pembaikan retina yang tercabut serta kecederaan mata yang lain. Ia disuntik ke dalam mata semasa prosedur untuk membantu menggantikan cecair semula jadi.

Asid hialuronik juga digunakan sebagai bahan pengisi bibir dalam pembedahan plastik.

Sesetengah orang menggunakan asid hialuronik ke kulit untuk menyembuhkan luka, kulit terbakar/melecur, ulser kulit, dan sebagai pelembap.

Terdapat juga banyak permintaan dalam menggunakan asid hialuronik untuk mencegah kesan penuaan. Malah, asid hialuronik telah dipromosikan sebagai “Fountain of Youth.’ Walau bagaimanapun, tiada bukti untuk menyokong dakwaan bahawa pengambilannya melalui mulut atau menggunakannya pada kulit boleh mencegah perubahan yang berkaitan dengan penuaan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa: Asid hialuronik berfungsi dengan bertindak sebagai kusyen dan pelincir dalam sendi dan tisu lain. Di samping itu, ia mungkin memberi kesan kepada cara badan bertindak balas terhadap sebarang kecederaan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asid Hialuronik?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada asid hialuronik atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Asid Hialuronik selamat digunakan?

Asid hialuronik mungkin selamat apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit, atau diberikan dengan suntikan yang sesuai.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Asid hialuronik mungkin selamat apabila diberi melalui suntikan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa asid hialuronik adalah selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit semasa kehamilan. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan tanpa nasihat daripada doktor anda.

Asid hialuronik mungkin tidak selamat apabila diberi suntikan semasa penyusuan susu ibu. Para penyelidik masih tidak pasti bahawa adakah ia menjejaskan susu ibu dan apa kesan yang mungkin berlaku kepada bayi. Tiada maklumat yang boleh dipercayai mengenai tahap keselamatan pengambilan asid hialuronik melalui mulut atau menggunakannya pada kulit jika anda sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asid Hialuronik?

Asid hialuronik boleh menyebabkan reaksi alahan semasa pengambilan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asid Hialuronik?

Asid Hialuronik mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asid Hialuronik yang biasa digunakan?

Dos untuk produk asid hialuronik ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Asid Hialuronik?

Produk asid hialuronik ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Cecair
  • Kapsul
  • Serum

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan