Ashitaba

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Ashitaba?

Ashitaba adalah herba besar yang tumbuh di wilayah tengah Jepun. Akar, daun dan batangnya digunakan untuk membuat ubat.

Ashitaba digunakan untuk mengubat:

  • Penyakit gastroesofagus refluks
  • Ulser perut
  • Tekanan darah tinggi
  • Tinggi kolesterol
  • Gout
  • Sembelit
  • Demam alergi
  • Kanser
  • Demam campak
  • Pemberhentian cecair
  • Darah beku
  • Keracunan makanan

Wanita menggunakannya untuk meningkatkan susu badan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan ashitaba berfungsi sebagai antioksidant. Bahan kimia lain boleh menghalang rembesan asid perut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ashitaba?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam ashitaba atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Ashitaba selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan ashitaba ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ashitaba?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ashitaba?

Herba tambahan ini boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Ashitaba mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ashitaba yang biasa digunakan?

Dos yang disyorkan adalah lebih kurang 2000 mg hingga 3000 mg sehari.

Apakah bentuk penyediaan Ashitaba?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Teh Mentah Ashitaba 50 gram

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.