Apricot Kernel

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Apricot Kernel

Kegunaan

Apakah kegunaan Apricot Kernel?

Apicot kernel ialah bahagian dalam benih buah apricot. Kernel digunakan untuk menghasilkan minyak dan bahan kimia lain untuk tujuan perubatan.

Ia sering digunakan untuk merawat kanser. Ia diambil melalui oral atau diberi melalui suntikan.

Apricot kernel digunakan untuk tujuan lain, bertanyalah kepada doktor anda untuk informasi lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut. Akan tetapi, terdapat kajian tentang salah satu komponen penting yang dipanggil amygdalin.

Di dalam badan, kimia ini akan ditukarkan menjadi cyanide yang sangat beracun. Pada asalnya, apricot kernel digunakan untuk melawan kanser kerana menyangka amygdalin akan diserap oleh sel kanser dan ditukarkan kepada cyanide dengan harapan cyanide tersebut akan membunuh sel kanser itu sahaja.

Tapi kajian menunjukkan ini adalah tidak benar. Amygdalin ditukarkan menjadi cyanide di perut. Kemudian, cyanide tersebut akan mengalir di dalam badan dan akan membahayakan individu tersebut malah boleh menyebabkan kematian.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Apricot Kernel?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan apricot kernel atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Apricot Kernel selamat digunakan?

Walaupun kualiti kesihatan dan kelihatan seperti bentuk almond, apricot kernel adalah herba yang perlu digunakan dengan berhati-hati.

Bila amygdalin dinyahkan di dalam badan, ia menghasilkan sedikit asid hydrocyanic atau cyanide, yang juga bahan yang sangat toksik. Jika anda mengambil terlalu banyak apricot kernel, ia boleh menyebabkan loya, muntah, koma dan malah boleh membawa maut.

Mengandung dan menyusu badan

Wanita mengandung atau menyusu badan perlu mngelakkan daripada menggunakan ubat herba.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Apricot Kernel?

Disebabkan sedikit bahan toksik di dalam kernel dan penggunaan dalam jangka masa yang panjang, terdapat individu yang mengalami simptom yang pelbagai dari sakit kepala yang teruk hingga jantung berdebar-debar.

Individu yang mengalami sakit yang luar biasa perlu menghentikan penggunaan minyak kernel dan berunding dengan doktor segera. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan toksik yang boleh membahayakan nyawa yang boleh menyebabkan

kesusahan pernafasan dan / atau kekurangan darah koronari.

Adalah penting untuk mengelakkan penggunaan berlebihan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang buruk.

Bukan semua individu yang mengalami kesan sampingan. Terdapat kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai keraguan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan doktor atau pakar herba.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Apricot Kernel?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Apricot Kernel yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Apricot Kernel?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  •         Apricot Kernels 500mg x 90 kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut