Annatto

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Annatto?

Annatto mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan kesihatan seperti:

  • Menyembuhkan luka. Ramuan daunnya digunakan untuk membasuh luka, terpotong atau melecur.
  • Masalah pencernaan. Daun dan kulitnya digunakan sebagai pencahar dalam cirit-birit, sakit perut, muntah dan loya, refluks asid dan lain-lain masalah pencernaan.
  • Daun yang direbus (pucuk) diletakkan di kepala dan badan untuk menyembuhkan demam.
  • Masalah mulut. Daun yang direbus (pucuk muda) digunakan untuk berkumur untuk sakit tekak.
  • Sakit kepala. Daun yang ditumbuk dan dicampur dengan minyak kelapa dan diletakkan di dahi untuk merawat sakit kepala.
  • Poultice daun digunakan untuk merawat gonorrhea.
  • Sengatan ular. Daun annatto digunakan untuk merawat bisa ular.
  • Antidot racun. Ekstrak daun, akar dan kulit digunakan sebagai antidote untuk racun cassava. Racun iatropha dan alergi daripada pokok sandbox.
  • Menghalang parut. Pulpa annatto digunakan untuk mengelakkan parut disebabkan melepuh.
  • Gumpalan darah. Pulpa annatto digunakan untuk mengehentikan pendarahan.
  • Bunganya digunakan sebagai ubat batuk untuk kanak-kanak.
  • Melecur. Benih,tanah dan direbus, digunakan untuk melecur.
  • Aphrodisiac. Benih annatto digunakan untuk erangsang libido di Amazonia.
  • Tonik rambut. Kulit dan benih digunakan untuk merawat rambut nipis.
  • Haid. Kulit dan ranting annatto digunakan untuk pengaliran haid dan mengurangkan sakit.
  • Basuhan vagina. Dalam perubatan tradisional Peruvian, annatto digunakan sebagai antiseptic vagina dan penyembuhan.
  • Buah annatto digunakan untuk merawat gula dalam pesakit diabetes.
  • Penyakit pernafasan. Rebusan pulpa annatto digunakan untuk merawat batuk.
  • Prostat membesar. The daripada daun annatto diambil 3 kali sehari untuk rawatan prostat membesar.
  • Leprosy. Rebusan daun annati diambil tiga kali sehari untuk merawat leprosy.
  • Strok haba. Rebusan daun annatto juga diambil untuk mengurangkan simptom strok haba.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut. Akan tetapi, terdapat kajian yang menunjukkan annatto ada reaksi kimia yang berfungsi:

  • Anti radang
  • Anti-gonorhea
  • Meningkatkan status antioksida dan mengawal ekspresi gen dalam neutrofil tikus diabetes
  • Hypoglycemia
  • Anti kanser
  • Antimicrobial
  • hyperlipidemia

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Annatto?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan annatto atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Annatto selamat digunakan?

Annatto dikategorikan sebagai selamat untuk kebanyakan individu jika digunakan untuk penyediaan makanan.

Mengandung dan menyusu badan

Tiada kajian yang mencukupi untuk menyiasat kesan sampingan penggunaan annatto dalam dos kesihatan ketika mengandung atau menyusu badan. Ambil langkah berjaga-jaga, elakkan penggunaan annatto.

Alergi

Annatto dikenali sebagai punca tindak balas alergi kepada individu yang sensitif.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Annatto?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Annatto?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Annatto mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Annatto yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Annatto?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  •         Serbuk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.