Angel's Trumpet

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Angel’s Trumpet?

Angel’s trumpet adalah sejenis tumbuhan. Daun dan bunganya digunakan sebagai ubat.

Sekalipun mempunyai tahap keselamatan yang serius, orang ramai menggunakannya sebagai dadah untuk membuat halusinasi dan rasa gembira. Mereka juga gunakkannya untuk merawat lelah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut. Akan tetapi, terdapat kajian yang menunjukkan angel’s trumpet mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan rasa gembira dan halusinasi.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Angel’s Trumpet?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan Angel’s trumpet atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Angel’s Trumpet selamat digunakan?

Angel’s trumpet tidak selamat untuk digunakan. Keseluruhan pokoknya beracun terutama sekali daun dan benihnya.

Angel’s trumpet tidak selamat untuk digunakan lebih-lebih lagi kepada sesetengah individu.

Kanak-kanak

Angel’s trumpet tidak selamat untuk diambil melalui oral. Keracunan yang teruk berlaku kepada kanak-kanak yang termakan secara tidak sengaja dan para remaja yang menggunakan sebagai dadah.

Mengandung dan menyusu badan

Angel’s trumpet tidak selamat untuk diambil melalui oral. Keseluruhan pokoknya adalah racun. Jangan gunakannya terutama ketika mengandung dan menyusu badan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Angel’s Trumpet?

Angel’s trumpet boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti:

  •         Kekeliruan
  •         Pupil terbeliak
  •         Dahaga yang teramat
  •         Kulit kering
  •         Muka merah
  •         Demam
  •         Tekanan darah tinggi atau rendah
  •         Degupan jantung yang laju
  •         Sukar bernafas
  •         Halusinasi
  •         Perasaan gementar
  •         Hilang memori
  •         Sawan
  •         Lumpuh
  •         Koma
  •         Mati

Bukan semua individu yang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dicatat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Angel’s Trumpet?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas termasuklah:

  • Jantung gagal berfungsi (CHF): Angel’s trumpet boleh menyebabkan jantung berdegup laju dan menyebabkan kegagalan jantung semakin teruk.
  • Sembelit: angel’s trumpet boleh menyebabkan sebelit semakin teruk.
  • Sindrom down: sindrom down sangat sensitif terhadap bahaya kesan sampingan angel’s trumpet.
  • Pedih ulu hati: Pedih ulu hati ialah keadaan dimana jus yang dirembeskan di dalam perut berpatah ke dalam tiub yang menghubungkan mulut dan perut (esophagus). Angel’s trumpet mungkin menyebabkan keadaan ini menjadi semakin teruk kerana ia melambatkan proses pengosongan perut.
  • Demam: Angel’s trumpet mungkin juga menyebabkan demam menjadi teruk.
  • Ulser perut: Angel’s trumpet mungkin melewatkan proses pengosongan perut dan menjadikan ulser semakin teruk.
  • Glaucoma sudut sempit: Angel’s trumpet boleh meningkatkan tekanan dalam mata. Keadaan ini akan menjadi semakin serius.
  • Keadaan yang menghalang saluran penghadaman seperti atony, paralytic ileus dan tersumbat:

Angel’s trumpet membuat keadaan semakin teruk.

  • Degupan jantung laju (tachycardia):  Angel’s trumpet membuatkan tachycardia semakin terus. Jangan gunakannnya.
  • Ulcerative colitis : Angel’s trumpet mungkin menyebabkan keadaan semakin teruk.
  • Kesukaran untuk kencing: Angel’s trumpet mungkin menyebabkan keadaan semakin teruk.

Tambahan, supplemen ini mungkin bertindak balas dengan ubatan pengering (anticholinergic drugs). Sebahagian ubatan pengering ini termasuklah atropine, scopolamine dan ubat untuk alahan (antihistamine)  dan untuk kemurungan (antidepressants)

Angel’s Trumpet mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Angel’s Trumpet yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Angel’s Trumpet?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  •         Ekstrak cair
  •         Serbuk
  •         Serat

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.