Angelica

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Angelica?

Angelica telah ditanam sebagai ubatan dan pokok perisa di Negara-negara Scandinavia sejak abad ke 12 dan di England sejak abad ke 16. Angelica turut digunakan sebagai sedatif.

Akar dan biji benihnya digunakan sebagai salah satu proses dalam minyak wangi dan sebagai perisa untuk gin dan sebagai minuman beralkohol. Sap/getah daun dan batangnya digunakan untuk menghias kek.

Minyaknya digunkan dalam perubatan untuk merangsang rembesan gastrik dan untuk merawat kembung perut. Secara topical, ia digunakan untuk merawat reumatik dan penyakit kulit.

Kajian menunjukkan tiada data klinikal untuk penggunaan angelica dalam kondisi kesihatan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut. Akan tetapi, terdapat kajian yang menunjukkan:

  • Herba ini memberi kesan membunuh bakteria pada saluran penghadaman dan meningkatkan penghasilan asid perut. Kedua factor ini dapat menyumbang untuk melemahkan dan membuang bakteria yang sering menyebabkan ketidakselesaaan perut.
  • Angelica juga sangat berguna dalam peredaran darah yang lemah dan turut digunakan untuk merawat penyakit Buerger. Satu keadaan yang menyebabkan arteri tangan dan kaki menjadi sempit.

The German Commission E yang seperti Food and Drug Administration (FDA) meluluskan penggunaan angelica sebagai rawatan untuk demam panas, simptom selesema, jangkitan saluran kencing dan sakit dispeptik.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Angelica?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan angelica atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Angelica selamat digunakan?

Daun dan benihnya adalah dilarang.

Mengandung dan menyusu badan

Tiada informasi yang cukup tentang keselamatan pengambilan angelica ketika mengandung atau menyusu badan. Sila ambil langkah berhati-hati dan elakkan penggunaannya.

Toksik

Keracunan telah dilaporkan dengan penggunaan minyak angelica dalam dos yang tinggi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Angelica?

Furanocoumarins dalam tumbuhan tersebut boleh menyebabkan photodermatitis

Bukan semua individu yang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dicatat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Angelica?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Elakkan pengambilan akar angelica bersama warfarin.

Angelica mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Angelica yang biasa digunakan?

Akar angelica selalunya diberikan dalam dos 3-6g/sehari akar mentah.

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Angelica?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  • Akar angelica bersama alcohol organic, I auns cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019