Andiroba

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Andiroba?

Andiroba adalah sejenis tumbuhan. Kulit dan daunnya, seperti minyak dari buahnya dan benih digunakan sebagai ubat.

Manusia membuat teh daripada kulit kayunya dan daunnya digunakan untu merawat demam, herpes, jangkitan ulat dan juga sebagai tonik. Minyak buah Andiroba digunakan untuk merawat batuk.

Sesetengah orang menggunakan kulit kayu Andiroba dan daunnya dan disapu pada kulit untuk melegakan sakit, ulser dan masalah kulit. Ia juga turut digunakan untuk membuang kutu dan parasit kulit.

Minyak biji benih diletakkan terus pada kulit untuk merawat radang, radang sendi, ruam, sakit sendi dan otot, luka, melecur dan ulser herpes. Dalam pengilangan, Andiroba digunakan sebagai pelarut untuk melarut dan membuang pewarna dari tumbuhan, seperti minyak tanah, dan sebagai penghalau serangga.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada maklumat yang cukup tentang fungsi supplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Andiroba?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan Andiroba atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah Andiroba selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:

Tiada maklumat yang cukup berkenaan tahap keselamatan menggunakan Andiroba ketika mengandung atau menyusu badan. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan pengambilannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Andiroba?

Bila disapukan pada kulit, ia boleh menyebabkan luka kulit yang dalam.

Bukan semua individu yang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dicatat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan berkenaan kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Andiroba?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Andiroba mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Andiroba yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan Andiroba?

Supplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  • Losyen
  • Krim
  • Minyak

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019