American White Water Lily

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan American White Water Lily?

American white water lily ialah sejenis tumbuhan. Bebawang dan akarnya digunakan sebagai ubatan dan sering digunakan untuk merawat cirit-birit yang kronik.

Kadangkala digunakan untuk merawat kawasan kemaluan wanita yang terjejas, penyakit tekak dan mulut, dan sebagai tuam untuk tempat yang melecur.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup bagaimana fungsi suplemen herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor maklumat yang lebih lanjut. Akan tetapi,terdapat kajian yang menunjukkan American white water lily mengandungi kandungan kimia dipanggil tannins, yang mungkin mampu menyembuhkan cirit-birit dan menyurutkan bengkak. Tannins ini mampu membunuh kuman.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil American White Water Lily?

Berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi, atau pakar herba, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, jika anda menjangkakan atau menyusukan bayi, anda hanya mengambil ubat berdasarkan saranan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Ini termasuklah sebarang ubat yang anda mampu dapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana kandungan American white water lily atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan untuk supplemen herba kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubatan. Lebih banyak kajian yang diperlukan tahap keselamatannya. Manfaat pegambilan supplemen herba ini mestilah melebihi keburukannya. Runding bersama pakar herba atau doktor untuk maklumat yang lebih lanjut.

Adakah American White Water Lily selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:

Tiada maklumat yang cukup berkenaan tahap keselamatan menggunakan American white water lily ketika mengandung atau menyusu badan. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan pengambilannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan American White Water Lily?

Jika anda bimbang tentang kesan sampingannya, sila berunding dengan pakar herba atau doktor.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan American White Water Lily?

Supplemen herba ini mungkin bertindak balas dengan ubat atau keadaan kesihatan semasa anda. Berundinglah dengan pakar herba atau doktor sebelum menggunakannnya.

Sebahagian ubat yan mungkin berinteraksi dengan herba anda, termasuklah:

  • Opiod dan pelega kesakitan
  • Anti- depresi
  • Anti-psikotik
  • Ubat untuk merawat dementia, penyakit Alzheimer dan Parkinson.

American White Water Lily mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos American White Water Lily yang biasa digunakan?

Dewasa (18 tahun ke atas):

Tiada bukti yang selamat atau dos yang efektif untuk herba ini. White water lily boleh diberikan dalam bentuk suntikan, ekstrak cecair, serbuk atau perasa.

Suntikan menggunakan 30 gram serbuk akar, serat dan didih di dalam 300 mililiter air selama 30 minit.

30-60 mililiter suntikan ini diambil sebanyak 3-4 kali sehari diselangi makan.

1-2 gram akar kering dididih di dalam 150 mililiter air selama 5-10 minit dan ditapis.

Ekstrak cair, 1-5 mililiter daripada ratio 1:1 ekstrak 25% ethanol digunakan. Untuk serbuk, 1-2 gram diberi di dalam susu atau air yang manis.

Untuk serat, 1-10 titik dibuat daripada 240 gram akar di dalam 76% telah digunakan.

Dos untuk supplemen ini berbeza untuk setiap individu. Dos ini bergantung kepada umur, tahap kesihatan dan faktor-faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang tepat.

Apakah bentuk penyediaan American White Water Lily?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam dos yang berikut:

  • Ekstrak cair
  • Serbuk
  • Serat

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018