Amaranth

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Amaranth?

Daun amaranth mengandungi vitamin C dalam jumlah yang kecil. Ramai menggunakan keseluruhan tumbuhan bagi mencipta ubat. Ia biasanya diguna bagi merawat:

Ia juga adalah antioksidan dan membantu menguatkan system imun badan. Dalam makanan, amaranth digunakan juga sebagai serbuk bijirin.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa amaranth mungkin berkesan untuk beberapa keadaan dalam mengurangkan bengkak (astringent).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Amaranth?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari amaranth atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil supplement herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Amaranth selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Jika anda mengandung atau menyusu bayi, ambil langkah selamat dan elakkan pengambilan ubatan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Amaranth?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli herba anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Amaranth?

Supplemen herba ini mungkin berinteraksi dengan ubatan yang anda ambil sebelumnya atau masalh kesihatan lain. Hubungi penyembuh herba atau doktor sebelum menggunakannya.

Keadaan kesihatan yang mungkin mempunyai interaksi dengan herba ini termasuklah:

  • Masalah imun: Amaranth mungkin mengurangkan kadar serotonin. Amaranth mungkin meningkatkan atau mengurangkan fungsi imun dan perlu digunakan dengan berhati-hati oleh pesakit yang mempunyai masalah imun badan atau mereka yang mengambil ubatan, herba, atau supplemen yang memberi kesan pada sistem imun.
  • Sistem saraf: Amaranth mengandungi kadar tinggi bagi cadmium, nitrates, protin antitrypsin, dan faktor terkesan haba (heat-labile factors), yang boleh memberi kesan pada sistem saraf.
  • Tambahan, amaranth yang ditana dalam tanah kaya nitrogen boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan.
  • Masalah hati (kidney disorders): Amaranth perlu digunakan secara berhati-hati bagi mereka yang mengalami masalah hati kerana kandungan oxalate yang tinggi.
  • Kandungan gula dalam darah: Amaranth boleh mengurangkan kadar kandungan gula dalam darah. Pesakit dinasihati untuk mengambil perhatian bagi yang mengalami diabetes, atau hipoglisemia dan mereka yang mengambil ubatan, herba, atau supplemen yang memberi kesan pada gula dalam darah. Kadar gula dalam darah mungkin perlu diperhatikan oleh ahli kesihatan professional yang diakui, dan pengubahsuaian ubatan mungkin diperlukan.
  • Tekanan darah: Amaranth boleh mengurangkan tekanan darah. Perhatian perlu diberi oleh pesakit yang mengalami tekanan darah rendah atau yang mengambil ubatan, herba, atau supplemen yang memberi kesan pada tekanan darah. Tekanan darah perlu diperhatikan, serta pengubahsuaian ubatan mungkin diperlukan.

Amaranth mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Amaranth yang biasa digunakan?

Dewasa (18 tahun ke atas)

Minuman teh boleh disediakan dengan menambah 1 sudu daun amaranth dalam 1 gelas air sejuk dan diambil 1 hingga 2 gelas sehari.

Sebagai antioksida, 200-400 milligram squalene, satu bahagian dari amaranth, juga digunakan setiap hari.

Untuk meningkatkan fungsi imuniti, 600 miligram squalene juga digunakan setiap hari.

Dos harian 18 milligram minyak amaranth digunakan selama 3 minggu bagi penyakit jantung.

Untuk penglihatan malam, dos harian sebanyak 850 mikrogram retinol bersamaan dalam bentuk daun amaranth juga digunakan bagi ibu mengandung 6 hari seminggu selama 6 minggu.

Apakah bentuk penyediaan Amaranth?

Amaranth boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Cecair titisan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut