Alpinia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Alpinia

Kegunaan

Apakah kegunaan Alpinia?

Alpinia adalah sejenis tumbuhan. Bahagian akar mendatar di bawah tanah digunakan untuk membuat ubatan. Ia biasanya diguna bagi merawat:

Bagaimana ia berfungsi?

Belum ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pengamal herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, ada beberapa kajian menunjukkan alpinia mengandungi bahan kimia, yang menghalang beberapa langkah berlakunya bengkak (inflammation pathway).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alpinia?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari alpinia atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah pengambilan supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan pengamal herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alpinia selamat digunakan?

Alpinia adalah selamat bagi kebanyakan dewasa bila diambil menerusi mulut  dalam jumlah kebiasaan dalam makanan.

Alpinia berkemungkinan selamat bila diambil menerusi mulut bagi kegunaan perubatan dan bila disapukan pada kulit di dalam produk spesifik yang juga mempunyai liquorice, thyme, stinging nettle, dan pokok anggur biasa.

Ibu hamil dan menyusu:

Tidak banyak diketahui tentang penggunaan alpinia semasa kehamilan dan penyusuan. Ambil langkah selamat dan elakkan pengambilan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alpinia?

Reaksi alergik boleh berlaku ketika penggunaan herba ini, seperti sakit sendi dan ruam.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alpinia?

Ubatan yang boleh berinteraksi dengan herba ini termasuklah:

  • Antasid: antasid digunakan bagi mengurangkan asid perut. Alpinia boleh meningkatkan asid perut. Dengan peningkatan asid perut, alpinia mungkin mengurangkan keberkesanan antasid. Beberapa antasid termasuklah kalsium karbonat (Tums, lain-lain), dihydroxyaluminum sodium karbonat (Rolaids, lain-lain), magaldrate (Riopan), magnesium sulfate (Bilagog), aluminum hydroksida (Amphojel), dan lain lagi.
  • Ubatan yang mengurangkan asid perut (H2-Blockers): Alpinia mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut alpinia mengurangkan keberkesanan beberapa ubatan yang mengurangkan asid perut, yang dipanggil H2-Blockers. Ubatan ini termasuklah cimetidine (Tagamet), ranitidine (Zantac), nizatidine (Axid), dan famotidine (Pepcid).
  • Ubatan yang mengurangkan asid perut (penghalang pam-Proton): Alpinia mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut alpinia mengurangkan keberkesanan beberapa ubatan yang mengurangkan asid perut, yang dipanggil penghalang pam-Proton. Ubatan ini termasuklah omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), rabeprazole (Aciphex), pantoprazole (Protonix), dan esomeprazole (Nexium).

Alpinia mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alpinia yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil adalah bergantung dengan usia anda, keadaan kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidaklah selalunya selamat. Bincang dengan pengamal herba atau doktor tentang dos yang sesuai diambil.

Apakah bentuk penyediaan Alpinia?

Alpinia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Titisan cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.