Alpine Ragwort

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Alpine Ragwort?

Alpine ragwort adalah sejenis tumbuhan. Bahagian yang tumbuh di atas tanah digunakan bagi membuat ubatan. Walaupun menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan, orang menggunakan alpine ragwort bagi merawat keadaan kesihatan berikut, antaranya:

Sesetengah wanita menggunakannya bagi membantu kontraksi rahim.

Bagaimana ia berfungsi?

Belum ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, ada beberapa kajian menunjukkan yang:

  • Alpine ragwort mengandungi bahan kimia yang digelar hepatotoxic pyrrolizidine alkaloids (PAs), yang boleh menghalang laluan darah di dalam vena dan menyebabkan kerosakan hati. Hepatotoxic PAs berkemungkinan juga menyebabkan kanser dan kecacatan ketika lahir. Penyediaan alpine ragwort yang tidak disahkan dan dilabel “bebab hepatotoxic PA” diambilkira sebagai tidak selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alpine Ragwort?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari Alpine Ragwort atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah pengambilan supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan pengamal herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alpine Ragwort selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Penggunaan sediaan alpine ragwort yang mungkin menggunakan hepatotoxic PAs adalah tidak selamat semasa mengandung. Produk ini mungkin mengakibatkan kecacatan ketika lahir dan kerosakan hati.

Penggunaan sediaan alpine ragwort yang mungkin menggunakan hepatotoxic PAs juga tidak selamat jika anda masih menyusukan bayi. Bahan kimia ini boleh masuk melalui susuan ibu dan mungkin membahayakan bayi menyusu.

Ianya masih tidak diketahui sama ada produk yang disahkan bebas-hepatotoxic PA adalah selamat untuk digunakan semasa hamil atau menyusukan bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan dari penggunaan sebarang sediaan alpine ragwort sekiranya anda mengandung atau menyusukan bayi.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alpine Ragwort?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Menyumbat saluran darah di dalam vena
  • Kerosakan hati
  • Kanser
  • Cacat ketika lahir
  • Reaksi alergik

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alpine Ragwort?

Terutamanya jika anda mempunyai penyakit hati. Alpine ragwort dicerna oleh hati. Beberapa bahan kimia yang terbentuk ketika hati mencerna alpine ragwort boleh membahayakan. Ubatan yang menyebabkan hati mencerna alpine ragwort boleh meningkatkan kesan toksik dari bahan kimia terkandung dalam alpine ragwort.

Beberapa dari ubatan ini termasuklah carbamazepine (Tegretol), phenobarbital, phenytoin (Dilantin), rifampin, rifabutin (Mycobutin), dan lain lagi.

Alpine Ragwort mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alpine Ragwort yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, keadaan kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Bincang dengan pengamal herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alpine Ragwort?

Alpine ragwort boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Cecair titisan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut