Alpha-Lipoic Acid

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Alpha-Lipoic Acid?

Asid alfa-lipoik adalah antioksida, yang digunakan bagi masalah kesihatan berikut, antaranya:

  • Kencing manis dan simptom berkaitan saraf ketika kencing manis termasuklah sakit seakan lecuh, kesakitan, dan kebas di bahagian kaki dan tangan.
  • Hilang memori
  • Sindrom kepenatan kronik (chronic fatigue syndrome, CFS)
  • HIV/AIDS
  • Kanser
  • Penyakit hati
  • Penyakit di bahagian jantung dan salur darah (termasuk masalah yang disebut cardiac autonomic neuropathy)
  • Penyakit Lyme
  • Masalah berkaitan mata, seperti kecederaan retina, katarak, glaucoma, dan sejenis penyakit mata dipanggil penyakit Wilson’s.

Asid alfa-lipoik boleh juga dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor atau ahli farmasi, pengamal herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun ada beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Asid alfa-lipoik seperti membantu menghalang beberapa jenis kerosakan sel dalam badan, dan membaikpulih kadar vitamin seperti vitamin E dan vitamin C. terdapat juga bukti bahawa asid alfa-lipoik boleh membaiki fungsi dan pembawaan neuron dalam keadaan kencing manis.
  • Asid alfa-lipoik digunakan oleh badan untuk mencerna karbohidrat dan menghasilkan tenaga untuk organ lain dalam badan.
  • Asid alfa-lipoik seperti berkesan sebagai antioksida, ini bermakna ianya boleh memberi perlindungan kepada otak yang di bawah keadaan rosak atau cedera. Kesan antioksida ini boleh juga membantu dalam beberapa jenis penyakit hati.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alpha-Lipoic Acid?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari asid alfa-lipoik atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah pengambilan supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan pengamal herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alpha-Lipoic Acid selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kanak-kanak :

Asid alfa-lipoik masih belum dikaji penggunaannya kepada kanak-kanak, jadi pengunaannya tidak digalakkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alpha-Lipoic Acid?

Asid alfa-lipoik menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Insomnia
  • Kepenatan
  • Cirit-birit
  • Ruam kulit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alpha-Lipoic Acid?

Beberapa produk yang boleh berinteraksi dengan herba ini termasuklah:

  • Ubatan untuk kanser (kimoterapi)
  • Ubatan untuk kencing manis (ubat antidiabetes), termasuklah (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain lagi
  • Ubatan tiroid
  • Levothyroxine
  • Vitamin B1 (Thiamine)

Alpha-Lipoic Acid mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alpha-Lipoic Acid yang biasa digunakan?

Dos terbaik untuk ketidakfungsian saraf (neuropathy) adalah 600 mg harian.

Antara 50 ke 100 mg adalah mencukupi bagi tujuan antioksida. Anda boleh membelinya dalam dos 30 ke 100 mg tablet. Hasil kajian adalah bercampur sama ada asid alfa-lipoik patut diambil bersama atau tanpa makanan.

Bantuan antioksida biasa: dos sebanyak 20-50 mg harian.

Diabetes dan neropati diabetes: dos adalah 800 mg harian dalam dos yang dibahagikan.

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Bincang dengan ahli herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alpha-Lipoic Acid?

Asid alfa-lipoik boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet/ kapsul (300 mg)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut