Alpha-Linolenic Acid

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Alpha-Linolenic Acid?

Asid alfa-linolenik adalah sejenis asid lemak omega-3 di dalam tumbuhan. Ia dijumpai dalam minyak biji rami (flaxseed oil), dan dalam minyak kanola, minyak soya, minyak perilla, dan minyak walnut.

Asid alfa-linolenik adalah popular bagi keadaan berikut, antaranya:

  • Penyakit jantung
  • Serangan jantung
  • Pengerasan arteri (arterosklerosis)
  • Hipertensi (tekanan darah tinggi)
  • Pneumonia
  • Rheumatoid arthritis (RA)
  • Multiple sclerosis (MS)
  • Lupus
  • Diabetes
  • Penyakit buah pinggang
  • Ulcerative colitis
  • Penyakit Crohn’s
  • Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Pening kepala migrain
  • Kanser kulit
  • kemurungan
  • Alergik dan kerengsaan seperti psoriasis dan ekzema

Asid alfa-linolenik boleh dipreskripsi bgi kegunaan lain; tanyakan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Namun, ada beberapa kajian yang menunjukkan:

Penyakit jantung:

  • Satu kajian menunjukkan, mereka yang mengambil diet tinggi kandungan asid alfa-linolenik lebih kurang kemungkinan menghadapi serangan jantung merbahaya.
  • Kajian lain mendapati wanita yang mengambil asid alfa-linolenik dalam jumlah yang besar (1.5 g sehari) mengalami 46% pengurangan risiko serangan jantung tiba-tiba dari mereka yang mengambil amaun yang paling kecil untuk asid alfa-linolenik (kira-kira setengah gram sehari)
  • Kajian populasi yang lain menunjukkan bahawa orang yang memakan lebih banyak makanan yang mengandungi asid alfa-linolenik, kematian akibat penyakit jantung menurun.

Tekanan darah tinggi:

Satu kajian populasi mendapati bahawa pemakanan diet yang kaya dengan asid alfa-linolenik mengurangkan risiko untuk tekanan darah tinggi sebanyak 30%.

Asma:

Kajian awal mencadangkan bahawa asid alfa-linolenik boleh mengurangkan kerengsaan dan meningkatkan fungsi paru-paru dalam beberapa orang yang mengalami asma.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alpha-Linolenic Acid?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari asid alfa-linolenik atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah pengambila supplement herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan pengamal herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alpha-Linolenic Acid selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan ubatan ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alpha-Linolenic Acid?

Asid alfa-linolenik adalah selamat bagi kebanyakan dewasa bila digunakan dalam amaun yang digunakan dalam makanan. Sekiranya ada mempunyai sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pada ahli farmasi atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alpha-Linolenic Acid?

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan herba ini termasuklah:

  • Ubatan penipis-darah: warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan aspirin
  • Ubat merendahkan-kolesterol. Statins termasuklah Atorvastatin (Lipitor), Rosuvastatin (Crestor), Fluvastatin (Lescol), Lovastatin (Mevacor), Simvastatin (Zocor), dan Pravastatin (Pravachol)

Alpha-Linolenic Acid mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alpha-Linolenic Acid yang biasa digunakan?

Kanak-kanak:

  • Bayi menyusu seharusnya mendapat asid alfa-linolenik yang mencukupi sekiranya ibu mengambil diet yang sihat.
  • Susu bayi berformula biasanya mengandungi asid alfa-linolenik.
  • Kanak-kanak biasanya tidak memerlukan supplemen ini.

Adult:

  • Dos yang digalakkan ialah 1 ke 2 g sehari.
  • Untuk mengelak penyakit jantung koronari dan perkara berkaitan seperti sakit dada atau serangan jantung: kira-kira 1.2-2 gram sehari.
  • Untuk mengelak serangan jantung kedua atau serangan berkaitan kedua bagi yang mengalami penyakit jantung koronari: kira-kira 1.6 gram sehari.

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalunya selamat. Bincang dengan ahli herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alpha-Linolenic Acid?

Asid alfa-linolenik boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minyak masak, termasuklah minyak kanola, minyak kacang soya, termasuklah minyak biji rawi 16
  • Supplemen pemakanan mengandungi minyak biji rawi (kapsul)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut