Algin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Algin

Kegunaan

Apakah kegunaan Algin?

Algin adalah sejenis bahan kimia yang diambil dari rumpai laut perang (brown seaweeds). Ia biasanya diguna untuk merawat:

  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Kadar kimia berat (heavy chemicals) termasuk strontium, barium, tin, kadmium, manganese, zink dan merkuri.
  • Tekanan darah tinggi

Algin boleh juga dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor atau ahli farmasi, ahli herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa algin boleh mengurangkan kadar kolesterol dengan mengurangkan kadar kemasukan kolesterol dalam badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Algin?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari algin atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Fardah mengambil supplement herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Algin selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Algin?

Algin, adalah selamat digunakan dalam jumlah sesuai pemakanan. Jika anda mempunyai persoalan tentang kesan sampingan, tanyakan pada ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Algin?

Ubatan yang diambil melalui mulut (ubatan oral) mungkin mempunyai interaksi dengan ubat ini. Mengambil algin pada masa yang sama pengambilan ubatan dengan mulut boleh mengurangkan jumlah ubatan yang mampu diserab badan, dan mengurangkan keberkesanan ubatan.

Algin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Algin yang biasa digunakan?

Ambil 2 kapsul 3 kali sehari di antara waktu makan. Minum dua gelas jus atau air pada setiap pengambilan.

Dos untuk ubatan ini mungkin berlainan untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, kesihatan, dan beberapa faktor yang lain. Supplemen herba tidak sentiasa selamat. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Algin?

Algin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.