Aletris

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Aletris?

Aletris adalah sejenis tumbuhan. Ia digunakan bagi merawat masalah kesihatan, antaranya:

  • Masalah penghadaman termasuk sakit perut, sembelit, cirit birit, angina dalam perut, dan, perut tidak selesa.
  • Sendi dan otot sakit (rheumatism)
  • Kejang otot
  • Kekurangan cecair dalam badan
  • Tidak subur
  • Masalah menstruasi
  • Menghalang keguguran.

Sesetengah turut menggunakannya sebagai tonik umum atau sedative atau untuk menggalakkan ketenangan.

Aletris boleh juga dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor atau ahli farmasi, ahli herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Aletris?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari aletris atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil supplemen herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Aletris selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Aletris?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Aletris?

Produk yang mungkin berinteraksi dengan ubatan ini ialah antacid dan H2 Blockers dan Proton Pump inhibitors. Aletris mungkin meningkatkan asid dalam perut; maka; Aletris mungkin meningkatkan keberkesanan antacid; H2-Blockers dan Proton Pump inhibitors.

Masalah kesihatan berikut mungkin mempunyai interaksi dengan herba anda, seperti:

  • Masalah perut atau saluran penghadaman (gastrointestinal, GI);
  • Masalah sensitif-hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau uterine fibroids (fibroid rahim).

Aletris mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Aletris yang biasa digunakan?

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Bincang dengan ahli herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Aletris?

Aletris boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk Aletris

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018