Alder Buckthorn

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Alder Buckthorn?

Alder Buckthorn adalah sejenis tumbuhan. Ia biasanya digunakan:

  • Sebagai julap (laxative)
  • Sebagai tonik
  • Sebagai salah satu bahan formula kanser Hoxsey

Alder buckthorn boleh juga dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor atau ahli farmasi, ahli herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Belum ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana supplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut. Bagaimanapun, ada beberapa kajian menunjukkan yang alder buckthorn mengandungi bahan-bahan ini, seperti A, B1, B2, B6, C, dan bahan aktif yang lain. Ia mungkin memberi kesan aktiviti kerengsaan pada bahagian pencernaan (gastrointestinal irritations).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alder Buckthorn?

Bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak. Ini kerana, ketika mengandung atau menyusukan, anda perlu mengambil ubat hanya atas nasihat doktor.
  • Anda mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubatan yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mengalami alergi dengan mana-mana bahan dari alder buckthorn atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mengalami penyakit, kecacatan, atau sebarang masalah kesihatan.
  • Anda mengalami alergi jenis lain, seperti pada makanan, pengawet makanan, atau haiwan.

Regulasi bagi supplemen herba adalah kurang ketat berbanding regulasi bagi ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil supplement herba mestilah mengatasi risikonya sebelum penggunaan. Bincang dengan ahli herba atau doktor untuk informasi lanjut.

Adakah Alder Buckthorn selamat digunakan?

Ibu hamil atau menyusu:

Tidak ada maklumat mencukupi tentang keselamatan penggunaan herba ini semasa mengandung dan menyusu. Sila bincangkan bersama doktor untuk memastikan potensi faedah dan risiko sebelum pengambilan ubatan ini.

Kanak-kanak :

Alder buckthorn adalah tidak selamat bila diambil menerusi mulut oleh kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alder Buckthorn?

Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Kejang bahagian abdomen
  • asma
  • Masalah kolon
  • Kanser kolorektal (colorectal cancer)
  • Potassium rendah
  • Masalah perut
  • Otot lemah
  • Masalah darah
  • Kematian sel di bahagian permukaan kulit
  • Hypocalcemia (tahap kalsium rendah)
  • Melanosis coli (warna kolon di luar kebiasaan)
  • Loya
  • Rhinitis
  • Ketumbuhan tumor
  • Muntah-muntah
  • Masalah jantung
  • Tekanan darah rendah
  • Darah dalam kencing
  • Cirit birit atau najis cair

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alder Buckthorn?

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubatan ini antaranya:

  • Ubatan untuk kerengsaan (inflammation) (Corticosteroids): dexamethasone (Decadron), hydrocortisone (Cortef), methylprednisolone (Medrol), prednisone (Deltasone), dan lain-lain.
  • Digoxin (Lanoxin)
  • Pil air (Diuretic drugs): chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide), dan lain-lain.
  • Julap perangsang (stimulant laxatives): bisacodyl (Correctol, Dulcolax), cascara, castor oil (Purge), senna (Senokot) and dan lain-lain.
  • Warfarin (Coumadin)

Masalah kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan herba ini:

  • Cirit birit
  • Masalah pencernaan
  • Appendicitis
  • Sakit perut yang tidak dapat diterangkan
  • Penyakit Crohn’s
  • Colitis
  • Irritable bowel syndrome (IBS)

Alder Buckthorn mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alder Buckthorn yang biasa digunakan?

Untuk sembelit:

  • Batang kering: 0.5-2.5g
  • Teh: Disediakan dengan merendam 2 gram herba tersebut di dalam air mendidih selama 5-10 minit kemudian tapiskan.
  • Ekstrak cecair: (1:1 dalam 25% alkohol) Ialah 2-5 mL tiga kali sehari. Sediaan ini hanya perlu digunakan sekiranya diet berubah dan julap dalam jumlah yang besar tidak berfungsi. Jangan gunakan sediaan ini lebih dari tujuh ke sepuluh hari.

Dos untuk supplemen herba mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung dengan usia anda, kesihatan, dan beberapa faktor lain. Supplemen herba tidak selalu selamat. Bincang dengan ahli herba atau doktor tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alder Buckthorn?

Alder buckthorn boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Ekstrak cecair
  • Herba kering
  • Teh

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.