Nama AM: Alchemilla

Kegunaan

Apakah kegunaan Alchemilla?

Alchemilla ialah sejenis herba. Bahagian atasnya yang tumbuh di atas tanah digunakan untuk membuat ubat.

Bagi kegunaan dalaman, ia digunakan untuk:

  • Masalah perut
  • Cirit-birit ringan
  • Diabetes
  • Pengekalan air
  • Bengkak (radang)
  • Kekejangan otot
  • Sebagai bahan kumur untuk luka di mulut dan tekak
  • Kitaran haid yang berat dan menyakitkan
  • Simptom-simptom menopause

Bagi kegunaan luaran pula, herba ini digunakan untuk:

  • Menghentikan pendarahan
  • Memperbaik pemulihan luka
  • Merawat ulser, eksema atau ruam pada kulit

Alchemilla turut diletakkan di dalam air mandi untuk merawat penyakit abdomen bawah.

Ia mungkin dipreskrip untuk kegunaan lain. Sila bertanya doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Alchemilla?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Alchemilla selamat digunakan?

Hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil herba ini.

Kanak-kanak

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan atau dos yang efektif untuk kanak-kanak.

Pembedahan

Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Alchemilla?

Alchemilla menyebabkan kerosakan pada hati semasa menggunakannya

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Alchemilla?

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Warfarin (Coumadin┬«): Alchemilla boleh mengurangkan keberkesanan ubat ini kerana kesan pembekuan darah yang ada padanya.
  • Suplemen zat besi: Alchemilla mengandungi tanin yang boleh mengurangkan serapan suplemen zat besi.

Alchemilla mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Alchemilla yang biasa digunakan?

Bagi kegunaan biasa

Dos yang disyorkan ialah 5 ke 10 g herba setiap sehari untuk rawatan cirit-birit

Teh alchemilla

  • Masukkan 2 sudu teh herba kering di dalam 2-3 dL air mendidih dan biarkan ia selama 10-15 minit.
  • 3 cawan sehari kebiasaannya disyorkan.
  • Untuk membuat teh yang lebih kuat, herba tersebut boleh dididihkan selama beberapa minit untuk mengeluarkan tanin sebanyak yang boleh.

Sebagai pewarna

Dos biasa yang disyorkan ialah 1-2 ml 3 kali sehari.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Alchemilla?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Minuman
  • Pewarna
  • Salap
  • Pembasuh mulut dan bahan kumur
  • Pancuran atau suppository

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda